Minggu Pertama Bulan Ketiga



Hari  ini hari Rabu. Hari ini WAJIB lebih produktif, lebih baik dari hari Selasa dan Hari Isnin! Yoishh!

Isnin tempoh hari saya cuti untuk research. Berjaya setupkan fasa 1 eksperimen. Tapi masih tak puas hati sebab tak sempurna setup lagi. Semalam pula uruskan kad staff yang hilang. Agak serabut sikit, masuk lewat ke ofis. Ambil mood godek-godek koding tugasan dan masih belum temui solusi. Sebelah malamnya pula bersekang mata, buat testting untuk website yang diamanahkan hingga jam 2 pagi,

Hari ini, sangaaaat mengantuk. Tapi dipaksa diri juga bangun dan ke ofis. Sejam pertama memang slow, mengantuk. Tapi segar pula dalam mengantuk-mengantuk tu berjaya dapat output koding. Terus segar! hahaha! Magic! Alhamdulillah! Jika berusaha pasti berjaya :)

Tugasan ofis fasa pertama sudah siap. Insyaallah boleh present kat supervisor projek. Masa yang banyak ada ni apalagi, terus buka jurnal dan draft thesis chapter 2. Owh ye dan perlu kemaskini eksperimen.

Minggu ni masih ada 4 hari . Setiap hari WAJIB produktif dan perlu submit chapter yang berikutnya. Yoish!

Malam tadi dapat input secara tak langsung dari sahabat inspirasi saya. "Terus siapkan hingga selesai" Situasinya, ada satu page coding yang simple saya perlu buat. Tapi, saya malas nak buka koding tersebut. Dia 'gesa' dengan caranya untuk saya siapkan hingga offer diri untuk bantu sama. Saya jenis yang jika nampak sesuatu benda tu agak leceh, saya akan jadi malas nak mengadap. huhu kes yang sama seperti eksperimen akhir ni, Tapi.... perlu paksa siapkan.

Yoish! entah kenapalah saya ni rasa malas sangat nak settlekan eksperimen akhir! Argh! benci!

Usaha lagi!

Kuatkan semangat! Jangan buang masa! terus isi masa semaksimum mungkin! U can do it!


Comments

Popular Posts