Motivator

Ayah, ayahanda

Mereka adalah insan yang amat saya hormati, banyak yang saya belajar dari dua susuk insan ini. Nasihat, dorongan dan teguran sentiasa menjadi inspirasi saya selama ini. Saya seorang yang mudah termotivasi dan akan kuat semangat jika sering diberi input positif. Kerana itu saya tak gemarkan input-input negatif dan kata-kata serta sifat pesimis. Ia akan buat saya down dan terasa sangat looser. Kerana itu juga saya gemar membaca bahan-bahan berbentuk motivasi untuk pastikan berada dalam minda positif dan optimis.

Alhamdulillah, dua hari ini saya ambil cuti untuk uruskan medical checkup ayah. Sabtu ahad lepas saya tidak tunaikan janji, saya tak balik rumah. Keletihan namun berjaya siapkan draft Chapter 1. 

Walaupun pulang sebentar, seperti biasa input yang sangat terkesan dari ayah. Seperti biasa dalam perjalanan didalam kereta merupakan tempat kami berkongsi dan updae cerita, sama ada dari saya atau dari ayah sendiri :)

Saya luahkan kekangan masa yang saya ada dan cabaran menguruskan masa.

"Masa tu ibarat pedang, sedar tak sedar jika kita tak uruskan ia dengan baik ia akan "potong" kita".

"Jangan bertanguh kerja. Jika ada tugasan yang perlu diuruskan segerakan dan urus terus. Jangan kata nanti-nanti. Sebab apa, percayalah syaitan akan bisikkan supaya kita lengah-lengah dan akhirnya tugasan tu kita tak buat. Maka terbazirlah masa kita. "

"Dalam uruskan masa, jangan lupa Al Quran. Baca. Sesibuk mana pun. Disiplinkan diri dengan baca Al Quran. Bila kita dapat disiplinkan diri dengan amal Al Quran, insyallah masa kita yang lain juga kita dapat atur dengan baik. Jika sehari tak bacapun, pegang, sentuh bacalah lah apa-apa surah yang hafal. Hidupkan Al Quran dalam hati. Walaupun tak faham tak apa, sebab Al Quran itu mukjizat 1400 tahun dahulu. Walau kita tak faham tapi ia boleh ubat hati."

Aduh!

Tersentuh sungguh. Sudah lama tak dapat terapi dari ayah.

Sang Murobbi kesayangan.

'ayahanda' merupakan terma kami (geng PhD) sering beri kepada supervisor penyelidikan kami. Setiap kali terjumpa supervisor masing-masing pasti akan kata "haa.. tadi terserempak dengan ayahanda ko kat kafe.. haha"

Semalam sempat, menyelit ruang masa berjumpa ayahanda kesayangan untuk update progress. Hampir 8 tahun saya berada dibawah penyeliaan beliau, bermula dengan pengajian Master dan Insyaallah tangga terakhir pengajian ini. Kaedah penyeliaan beliau sangat saya selesa. Tetapi sangat mencabar dari sudut disiplin, kerana disiplin itu saya yang perlu usahakan. Pemantauan yang sangat minima. Idikator beliau mudah,

"Saya tak kisah kamu nak jumpa saya berapa kerap, dua minggu sekali pun bagus. Tapi jangan sampai tak jumpa lama dan jangan sampai saya cari kamu" 

Ini membuakan saya sering cabar diri, siapkan tugasan pada ruang masa yang terbaik dan cuba update progress secepat mungkin. Pernah terjadi situasi, tidak tahu nak update apa sebab progress macam siput. Situasi begini biasa saya emailkan sahaja update. Tetapi dalam sebulan pasti cuba wajibkan jumpa sekali.(Akhir-akhir semester PhD ni pula kurang jumpa, uruskan pelbagai situasi)

Saya ada janjikan hingga bab 3 draft. Tetapi yang berjaya dihantar hanya satu bab selepas hampir sebulan baru jumpa semula.

Selepas berjumpa dan berdiskusi. Merungkai semua kekusutan dan ketidak yakinan saya terhadap apa yang saya buat, sememangnya LEGA.

Satu persatu apa yang saya kurang jelas saya tanya dan terpukul dengan kata-kata
" haa.. jika selalu jumpa kan bagus, banyak boleh tanya macam-macam lagi" haha.. sengih sajalah saya mampu.

Gambaran dan link dalam hendak menulis dijelaskan dengan terang. Saya seperti cuba mencantumkan bahagian-bahagian yang telah siap dan yang hampir siap. Alhamdulillah, gambaran lebih jelas.

Satu lagi tips yang perlu saya ingat ialah "Tiap kali perbincangan, tulis sebarang hasil diskusi dengan jelas supaya tak tercicir input yang pernah dibincangkan sebelum ini" Saya ada buat, cuma... selalu selepas habis perbincangan, cuba hadam dan kemudian semasa hadam sorang-sorang tu timbul macam-macam tanda tanya. Semasa berdepan dan jumpa supervisor tak keluar la pulak.. haha sebab tu bila jumpa lagi ulang semula kes masalah. huhu!

Chapter Kedua dan Ketiga & Experiment Akhir - target seterusnya!

Malam ni perlu lakarkan BIG PICTURE keseluruhan dan siap sedia kemaskini koding akhir untuk setup eksperimen.

YOISH! Bulan ketiga!!! 

Alhamdulillah, atas segalanya ... Semoga Allah berkati kedua-dua Sang Murobbi kehidupan saya ini :) ameen !

Comments

Popular Posts