Fighting

Emotional Sustainable

Beberapa hari yang lepas, aku tergamit sekali lagi dengan kenangan.

Seperti biasa, bila ia datang. Air mata memang takkan putus keluar tanpa sebab.

Semuanya berlaku sebab aku yang trigger.

Lately aku agak produktif. Cuma mungkin perlu ubah kembali beberapa jadual dan susun kembali.

Entah kenapa satu hari tu "dia" kongsikan lagu syamil "hidup dalam mati". Yup, kami masih berkawan. Pernah kami duduk dan bincangkan posibiliti untuk hidup bersama..tapi, hati aku kuat yang kami tak mungkin dapat. Jadi kami putuskan hanya sebagai kawan.

Dan... Lagu tersebut menghambat emosi, kesannya hampir seharian aku merintih sayu.

Teringat-terimbas semua kenangan.

Lepas habis kering air mata.

Aku sedikit lega.

Walau ada tersisa baki, aku cuba kawal.

Dan... Dalam aku nk fighting with my own demon...

She make me feeling worst. Punca yang tak terduga. Tapi aku tau ada sebab lain. Jadi aku biarkan saja dia nk kata apa.

Kesan?
My depression will triggered to the worst bila ada hamburan kata2 makian dan cacian. Sebab itu aku suka lari dari semua itu.

Aku cuba lawan lagi.

Kali ini aku cuba happy kan diri.

Antara benda yang boleh buat aku happy:

Mengemas rumah
Membaca
Jalan2 sesorang kat shopping mall
Gym
Hiking
Marathon

Semua aktiviti ni aku suka buat sendirian.

Dan hari ni aku pilih untuk kemas rumah.

............

"Hey betina! Berapa kali aku nak ajar kau. Buang habuk dulu baru sapu rumah!"

Bentaknya merampas pembuang habuk dari tangannya. Dia tersentak dari mamai kesan bangun tidur.

Air mata menitis.

"Cepat kemas rumah, pukol 5 kang bapak kau balek. Buat tugas kau."

"Jangan nk sibuk tengok TV tu sampai kiamat tak habis. Kau kalau malas tak payah belajar. Duduk tepi jalan ..kang kang je jadi betina sundal!"

Cepat2 dia buat semua arahan.

Dia sudah biasa.

Tapi hati yang terdera emosi yang tertekan itu tidak mampu menipu.

Ia termakan sediri.

Terobek hancur. Luluh.

"Tuhan, bisakah aku punyai ibu yang lain?" "Mengapa dia benci aku?" "Mengapa perlu kata begitu"

Dia menangis disudut ruang bucu antara meja belajarnya. Menulis sesuatu didalam diari.

hafila,1993
...........

It's sunddenly sparks 

Comments

Popular Posts