Mukhlisin

Mencari ikhlas itu bertahun latihannya. Beserta sama segala bentuk suasana.
.
Ada air mata sebab tidak redha.
Ada cemburu bila terasa seakan terpaksa.
Ada juga betakkan jiwa rentan tidak puas hati.
.
Hampir 25 tahun aku masih mencari ikhlas dalam khidmatku kepada keluarga.
.
Masih belum ikhlas.
.
Kerana masih
Merungut
Masih tak puas hati pada yg lain
Masih mengungkit setiap yg telah dicurahkan.
.
Cuma Alhamdulillah tahun ini
Aku cuba untuk tidak memaksa yang lain.
Cuba untuk terima semuanya adalah perlu digalas dibahuku.
Biar terasa terbeban berat mana sekali pun.. tersenyumlah.
.
Sesungguhnya menggalas tugas ibu itu sememangnya perlukan korban yang besar.

Comments

Popular Posts