Kembali

Luahan monolog.

Aku tak tahu nk beriaksi macam mana lagi.
Pada matanya aku yang salah.
Pada tafsirannya aku pendusta.
Pada fahamannya aku salah banyak benda.

Cuma satu, engkau hadir saat 12 tahun melewati sisi perit hidup ku.
Engkau tak tau dan merasa sepanjang sisi perit itu apa yang menjadikan aku kini.

Aku sudah lelah untuk buat engkau faham.
Ternyata kau takkan bisa faham dan hayati.
Yang hanya engkau nampak hanya "kesan" dari peritan yang terhasil.

Aku sendiri mencari antidot
Solusi.
Diri.
Membungkam dalam sepi.

Engkau tahu?
Aku satu tika dahulu
Merintih pada tuhan
Selalu bertahun-tahun dalam derita itu
Agar dihadirkan "teman"

Ya ku syukuri saat bahagia kita
Tapi amat aku terkilan
Makin kau dewasa
Kau berbeza

Tanpa boleh terima
Aku yang "sakit"
Ini seadanya.

Kini baru ku tahu
Manusia tiada punya apa
Untuk ku cari bahagia

Aku hanya perlu kembali pada Dia.

Tuhan, andai sudah masa ku cukup untuk khidmat pada mereka semua.

Jemputlah aku segera.
Kerana aku terpenjara
Derita
Lelah
Penat

Harungi semua ujianMu.

#syairqalbi

Comments

Popular Posts