Triggered

Seharian berjaya siapkan targeted task untuk har ini. Buang selawang, lap habuk dan pasang langsir bilik.
.
Terduduk bila letih. Ada air mata mengalir. Terimbas berbagai kisah silam dan ledakan emosi diluar kawalan.
.
Aku duduk rehat, walau ada air mata deras mengalir tanpa sendu tetapi jauh disudut hati yg dalam ada sayu.
.
Sesekali aku keluar bilik menyapa ceria ibu ayah seolah tiada apa yang berlaku.
.
Begitulah aku. Semakin pandai sembunyikan wajah derita.
.
Hari Raya pada ku adalah wajah2 duka.
.
Hari yg punyai pelbagai kisah kecewa.
.
Dua tahun yg lalu..masih segar diingatan "dia"datang beraya. Ibu ayah terima dengan hati terbuka.
.
Ah..tuhan, padamkan segala rasa dan hilangkan segala duka.
.
Sesunguhnya aku lelah dengan rasa keciwa.
.
...............
"Prangggg!!!"
Beberapa periuk dari dapur dicampak ke ruang tamu..
"Tak reti nak masuk dapur!"
Ila bergegas dari terbaring diruang tamu terleka menonton TV. Dikutipnya semua periuk dan disusun semula ditempat sepatuynya.
"Tu...lauk aku dah masak tuk korang mentra darah..tak reti nk hidang?"
"TV tu aku pecahkan karang!" Ibunya menyinga. Mungkin letih tanpa dibantu.
Ila akur dalam termanggu. Menyumpah diri sendiri sebab leka dengan TV.
Sedang dia hidangkan lauk.
"Prang.." senduk untuk lauk dilambung daridapur. Ila cepat2 kutip.
Hatinya sedih dan sayu.
Kerap salahkan diri sebab leka. Dia menangis sendiri.
Tertanya-tanya..mengapa ibu begitu?
Kenapa tak minta suruh elok2
Ila tak sengaja leka..
Ila merajuk sediri menangis bila mula kata2 cacian menghambat dirinya bertubi2..
Dia kesudut sedihnya.
Disitu dia mengambil pensil dan diconteng sekuat hati. Dipatah2kan pensil. Sambil menangis dan bertanya mencari jawapan. Kenapa aku yang harus dimaki sedemikian. Dosa sangatkah aku?
Sekelumit rasa benci, syaitan mula suntikkan. Bertepuk gembira.
Hafila, 1995
...........

Comments

Popular Posts