Bila hati semakin mati

"Ayah tengok, anak ayah ni yakinnya pada Allah semakin kurang"

Tersentak akan diri bila ditegur begitu oleh ayah.

Sebak.

Ayah pesan, banyakkan doa..banyakkan istighfar dan selawat agar dimudahkan urusan.

Entah mengapa memang sejak dulu Allah uji saya dengan rezeki kerja dan jodoh. Perihal jodoh tu memang saya sudah habis usaha. Take a break seketika. Biarlah detik masa berjalan... Fokus utama saya adalah ibu ayah dan adik beradik saya.

Saya mahu berikan yang terbaik untuk mereka.

Sejak mula sambung Master kemudian PhD yang berliku...yang banyak air mata..saya fikir semua berakhir dengan baik setelah berhempas pulas siap hantar pembetulan tesis. Rupanya masih tersangkut.

Jurnal.

Allah.. tersentak hati sbb dah penat.

Tak pe la..lagi sikit..pujuk hati..

Esok 1 Rejab moga ada barakahnya.

Comments

Popular Posts