Tergerak hati

Hari yang panjang hari ini. Allah uji lagi sabar atas sabar. Dua tiga hari yg penat. Hahha rasa rehat time demam tu nikmat sangat.
.
Sebaik kebah demam, heret diri paksa baca dan balas serta uruskan tugasan website yang tergendala. Syukur, client sangat memahami dan banyak tugasan sudah hampir selesai.
.
Khamis, dapat panggilan interview di Damansara untuk posisi junior web developer. Jadi hari Rabu tu saya riki tempat dan public transportation sebagai persediaan untuk interview. Selesai sahaja terus ke KLCC sambung writting jurnal sehingga selesai.
.
Tergerak hati untuk followup status cuti belajar dan lapor diri kerja di UPM.
Allahu. Mujur saya telifon jika tidak status saya dikira terbatal.
.
Hari khamis selesai interview, bergegas ke UPM dengan harapan Isnin atau Selasa dapatlah surat sokongan yang perlu dihantar ke unit cuti belajar. Lega bila dikhabarkan Jumaat sudah boleh ambil surat.
.
Terkilan bila hari Jumaat sampai di UPM dikhabarkan surat tersebut tak diproses kerana sy berunding dengan orang yang salah. Whaaaaaaat??? Isi semula borang dan dimaklumkan Selasa boleh datang ambil.
.
Saya buntu, kerana Isnin saya sudah start keje dan mana mungkin boleh ambil cuti. Aduhai.
.
Disebabkan malas nk fikir, terus set appointment dengan bos a.k.a team website tuk dapatkan pandangan dan nasihat berkenaan website.
.
Suukur. Released.
.
Terima kasih bos! Moga urusan bos diberkati Allah dan keluarga bos dimurahkan rezeki, sakinah, mawadah wa rahmah.
.
"Bosss, carikanlah sy calon member2 boss yg otai2 programmer..yang single" hahaha sempat saya bergurau.

Tak perlu kot sy tulis apa response balas. Lelaki memang suka menyakat bab buka cawangan. Rasa nk hempuk dengan laptop.

Sori bosss, suami orang bukan pilihan saya okay! Mohon ketepi. LOL!

Di awalnya keluhan diakhirnya Allah hadirkan kata2 motivasi dan nasihat tuk saya kuat! Ya, lihat pada syukur itu yang akan buat diri mu tenang.

Comments

Popular Posts