Experience


Website Freelance, antara nikmat dan ujian ketabahan.
.
Lima tahun lepas saya memang terlibat dengan website. Pengalaman saat tu cukup buat saya tak mahu teruskan jika diberi peluang.
.
Tapi entahlah.. aturan dariNya, saya terima walau hati berat kerana ketika itu ia nampak seperti peluang saat saya tak tahan bekerja yang buatkan saya tak teruskan kerja di Mimos.
.
Saat kais pagi makan petang saya ambil job tersebut harapkan deposit untuk tanggung semua kos production dan sebarang risiko.
.
Saya silap langkah disebabkan masa.
Saat tu juga abang saya masuk semula wad... Saat tu juga kerja sebagai art tutor mula mengheret masa dan kudrat.
.
Saya tertekan dengan situasi.
.
Masih teringat, kipas dirumah rosak. Berpeluh2 panas buat website. Aduhai menangis jika dikenang. Allah memang uji betul2.
.
Sedang sibuk kejar tarikh tamat tempoh, dapat panggilan temuduga pensyarah di unikl.
.
Slide mock teaching disiapkan beberapa jam sebelum temuduga. Saya amat letih tika itu. Tenaga berbekal tido yang hanya 3jam. Dan.. hati sekali lagi berbisik tak perform.. saya tak berikan yang terbaik.
.
Sedih.
Kecewa.
Geram.
.
Balik sambung semula buat website.
.
Saya demam. Sebab hampir 3 minggu berhempas pulas.
.
Selepas migrate ke server production sy sedikit lega. Tapi, uijian tak habis lagi... Ada banyak masalah teknikal selepas migrate.
.
Due date sah sah dah tamat. Sy perlukan masa.
.
Kemudian Alhamdulillah dapat keje sebagai junior website developer. Lokasi keje ok..beban keje ok..walau gaji tak la masyuk mana...Syukur pada nikmat yang sedikit.
.
Dalam semua kekalutan ini juga saya follow up pendaftar.
.
Alhamdulillah dilanjutkan cuti belajar selama 5 bulan. Sementara tunggu surat senat.
.
Dalam kekalutan ini juga saya siapkan journal paper.
.
Alhamdulillah jurnal siap tapi perlu tggu gaji bulan depan tuk proofread.
.
Dan...dalam kekuatan itu Allah rezekikan laptop baru dan hp baru...abang saya hadiahkan sempena beliau dapat bonus.
.
Nikmat mana yang aku dustai?
.
Tetap masih sahaja,
Bergelumang dengan permasalahan antara waktu dan usaha...
.
Air mata ketabahan yang keberapajuta kali tumpah juga.
.
Jujur penat. Tak pernah surut ujian betubi2. Walau ya ada kemanisan sepanjang kesusahan itu.
.
Apa yg lagi lelah hati ini bila kau terpaksa sembuyikan semua bebat duka dan ujuan itu sendiri.
.
Allah.kuatkan aku!

[Update]

Dia nak ajar aku sesuatu. Allah Maha baik .
.
Ditariknya beban yang tergalas dibahu. Terasa sangat lega..walau ada sedikit risau jika ada perkara berbangkit.
.
"Notis Penamatan Perkhidmatan"
Sedih.
Terkilan.
Tak sangka.

Cara mereka treat kita begitu. Allah. Hanya padaMu aku mengadu dan berserah.

Tak mengapa, saya cuba maafkan.

Terima kasih atas kali yg ketiga memberi pengalaman pahit.

Untuk saya terima lagi selepas ini dengan mereka, mugkin tidak.

Sebab atitude "menggesa" dan kurang toleransi terhadap permasalahan diluar kawalan.

SOP bila berlaku masalah teknikal, tak ada.

Perkataan "Itu masalah kamu, yang kami tahu siap"

That's non tolerate statement buat saya terasa sangat.

Bila susah nk cepat, nk murah cari kita. Bila kita setuju walau tak berbaloi. Backfire dengan statement tu.

All the best lah... Fikirkanlah kenapa tiada developer yg sustain willing nk layan kerenah korang. Jika itu attitude dengan developer. Kami bukan robot atau bomoh IT yg dengan satu klik siap semua.

Done. Meluah. Hahaha

Comments

Popular Posts