Persona

Ya..
Aku tak punya pesona,
Hanya biasa-biasa,
Kadang kala sekilas malas
Seperti makcik indon pun ada LOL

Perlahan akan kubina
Atas kepuasan diri
Dari setiap segi
Akli, jasadi dan rohani

Beri aku masa
untuk jadi lebih baik dari dahulu
Kerana aku banyak yg leka
Tersasar pilih jalan
Bila nafsu jadi tuan

Aku bukan seperti mereka
Yang punya pesona dimata
Cantik bergaya
Pandai bergaul mesra
Tangkas menangkap hati yang melihat

Aku biasa-terbiasa
Bersembunyi
Bersendiri
Dalam dunia ku sendiri

Disitu ku punya kekuatan
Tuk ku kumpulkan
Telus
Beri aku masa membina pesona

#syairqalbi

Comments

Popular Posts