Day 81 #100daysIfaThesisChallenge: FOKUS ke garisan akhir!

Apa yang utama ialah usaha yang anda lakukan saat ini. Usah bimbang akan hasilnya kerana ia bukan urusanmu. Yakinlah setiap usahamu pasti berbalas. Walaupun mungkin ada nanti hasilnya tidak seperti yang kau jangkakan, itu hanyalah pada pandanganmu, pandanganNya jauh lebih tinggi dari pandanganmu. Jangan pernah putus asa dan mudah kecewa. - Research Clinic- 


 Alhamdulillah, sedikit ruang bernafas. Yuran kolej selamat diselesaikan sebahagian sebelum tombol pintu ditukar. Lega. Terima kasih Along, umi doakan moga Allah permudahkan research along disana.

Saya perlukan motivasi. Jadi, mari menulis. FOKUS kembali menyambung tugasan. Memandangkan urusan yang sepatutnya berjalan dengan baik seperti yang saya gariskan dalam milestone gantt chart saya perlu diperbaiki. 



Waktu Kecederaan 

Waktu kecederaan adalah metod yang saya sediakan jika berlaku sebarang kemungkinan tanpa dijangka. Tempoh masa ini memerlukan daya fokus yang tinggi dan usaha yang berlipat kali ganda dan luar biasa. Ketika ini, hasil dari usaha ditolak tepi seketika dari mendapat sesuatu yang sempurna. Saya seorang yang perfectionist kadangkala banyak tugasan "terlengah" kerana mengejar kesempurnaan. Terkadang juga saya seorang yang cuai dan kalut, jadi untuk sesuatu perkara terkadang saya perlu FOKUS dan teliti baru sempurna. Perlu belajar lebih tenang dan FOKUS.


Set Target + Pecahan Tugas + Pioritas + Pembahagian masa + FOCUS + Keep Track Progress


Jangan Menyerah!


*teringat pesan Pak Lang Samad " Kakak boleh buat! FOKUS dan Doa minta pada Allah" 

Comments

Popular Posts