Pesan ketabahan

"Ayah, kakak sudah selesaikan urusan dokumen dengan pejabat pendaftar. Harapnya tiada masalah lagi selepas ni."

"Kakak cuma ada rasa takut je nk teruskan, sebab masa sangat suntuk. Sedangkan seperti banyak lagi perlu diselesaikan."

Saya meluahkan.

"Yang ke depan jangan difikirkan sangat. Apa yang ada sekarang dan berhadapan sekarang ni usahakan sebaik mungkin.

Akrab dengan Allah. Minta kat Allah dimudahkan urusan2 kakak. Al waqiah jangan tinggal. Doa dipermudahkan urusan jangan tinggal.

Ayah dan ibu disini selalu doakan yang terbaik untuk kakak.

Kakak boleh buat yang terbaik."

Sebak saya dihujung talian tempoh hari. Disorokkan jua kesedihan. Tidak mahu ayah tahu saya lemah apatah lagi berputus asa.

Mujur tidak menatap wajah, jika tidak pasti saya kalah dihadapan ayah. Pasti laju saja air mata mengalir merenung redup wajah tua ayah.

Pulang ke rumah

Minggu ini saya putuskan untuk pulang kerumah. Alhamdulillah, ayah beransur baik demamnya. Cuma ibu yang masih menangung gatal2 keseluruhan badan.

Syukur dapat saya belikan ubat ibu difarmasi atas saranan sahabat saya tentang sakit kulit ibu.

Untuk beraksi kuat dan tabah dihadapan ibu ayah amat payah. Berubah sahaja riak wajah saya rentan fikirkan berbagai perkara pasti ibu tegur.

"Kakak ada masalah ke?"
Kemudian saya redakan resah ibu dengan senyuman..

Minggu ini sebentar sahaja saya berpeluang ziarah ibu ayah. Perlu gerak segera balik ke kampus, terdapat beberapa diskusi perlu diselesaikan.

Berat hati. Tapi saya tiada pilihan. Kesuntukan waktu yang ada terkadang buat saya keliru apa yang perlu saya buat dan dahulukan ...

Moga Allah beri petunjuk pilihan terbaik..

Comments

Popular Posts