Tiada daya upaya melainkan dari Allah

Sujud Syukur

Semalam, saya hampir tidak dapat lelap memikirkan banyak tugasan penyelidikan agak tertangguh kerana dalam dompet hanya tinggal beberapa keping wang biru muda. Kereta telah saya rehatkan, syukur masih ada bas dalam kampus untuk kemana-mana dalam kampus. Cuma saya tidak dapat ke Puchong dan Batu Caves untuk selesaikan penyelidikkan saya.

Jika ada yang bertanya adakah masalah kewangan menganggu progress penyelidikan? saya katakan ya. Lagi-lagi bagi mereka yang digalas tangungjawab menyara keluarga. Disinilah manis pahitnya cabaran. Cabaran mengawal emosi, cabaran menyusun waktu dan mendidik sabar.

Sepanjang perjalanan sambung belajar ini, sememangnya banyak "sepak terajang" kesempitan wang yang saya belajar. Lagi amat menyentuh emosi apabila ibu ayah sakit, dan kita tak dapat belikan ubat yang terbaik untuk mereka. Apabila adik mesej, tiada duit makan kita juga menasihatkan kesabaran yang sama untuk terus bertahan. Ketika itulah, pelbagai cara diusahakan untuk terus survive tanpa meminta-minta pada orang.

Alhamdulillah, berkat usaha dan dengan izin Allah, hari ini saya mendapat bayaran website wordpress pertama saya. Sesungguhnya Tiada Daya Upaya Melainkan Allah. PadaMu ku bersujud!

Pesan buat Qalbi

Bersyukur tika senang dan susah 
Istighfar perbanyakkan 
Akrab dengan Allah 
Ikhlaskan hati dalam tiap pekerjaan 
Rezeki dari Allah bukan manusia 





Comments

Popular Posts