Rindu

Pembahagian masa

Sejak mendapat tugasan Task Force, saya hanya balik ke  rumah Aidil Adha tempoh hari. Menggunakan masa sebaik habis untuk selesaikan amanah yang diberi secepat mungkin. Kebiasaannya saya akan pulang kerumah hujung minggu sehingga waktu makan tengah hari Isnin. Temankan ibu dan ayah.

Sudah seminggu ayah demam dan berdegil tidak mahu ke klinik. Saya sediakan jus lemon dan madu untuk ayah. Ibu pula masih bermasalah dengan kulit badan yang gatal. Allah hu!

Tak sedap hati saya tinggalkan emas2 saya dirumah. Berat hati dan kembali ke kampus. Sengaja saya lewatkan cuti hingga hari Isnin baharu pulang ke kampus pabila lihat ibu sedih saat adik kemas2kan barang tuk kembali ke kampusnya sabtu lepas selepas Aidil Adha. Ya, ibu sangat sensitif. Kadang kala saat saya siap-siap kemaskan barang untuk pulang ke kampus, ibu sudah menitiskan air mata.  

Lepaskan rindu lewat telifon sahaja. Minggu ni saya harus balik ke rumah. Dalam keadaan begini, sememangnya pergantungan kepada Allah yang kuat agar menjaga emas2 kesayangan saya dengan baik sepanjang saya disini.

Rahmati mereka dengan redup kasih Mu ya Ilihi ...Sabar ya ibu, insyaAllah selepas selesai dan keadaan lebih baik kita akan tinggal bersama dan kakak akan jaga ibu ayah. Moga Allah permudahkan segalanya.

Saya harus susun semula tugasan yang ada sebaik mungkin. Terkadang tugasan sudah sedia ada disenarai To Do List saya, cuma kudrat keletihan untuk laksanakan. 

Take a break dear, you need a rest ... 


Comments

Popular Posts