rezeki burung

nikmat manakah yang hamba ini dustai?

Allah hu!
Moga saya kuat terima dugaan begini yang hadir berulang kali
Mungkin saya masih belum cukup kuat kerana itu Allah uji berkali-kali
Mungkin saya masih belum ikhlas
Mungkin saya masih belum cukup bersyukur...

Elaun bulan ini juga masih belum masuk, tunggakkan komitmen semakin bertambah. 

Maafkan kakak, ibu ayah.. moga terus tabah. 

pesan ayah

Banyakkan solat taubat,
Jangan tinggal Al Waqiah,
Jangan tinggal Dhuha
Jangan putus asa dengan Allah. 
Doa 
Doa 
Doa

rezeki dan cabaran waktu 

Alhamdulillah rezeki Allah datangkan dari pelbagai sumber. Antaranya kelas mengajar dan pembinaan laman web. 

Cuti sekolah ini saya dapat tawaran mengajar lagi. 

Laman web hampir selesai dan harap dapat payment dalam minggu ini. Dan dikhabarkan ada lagi beberapa website sedang menunggu.

Cuma tergantung sebentar, dimana tugas telah saya selesaikan tetapi bayaran masih belum saya terima. 

Perlu bersabar lebih lagi. 

InsyaAllah saya boleh lalui semua ini.. 

KUAT! 



*lagu ini memiliki maksud dan nilai sentimentalnya tersendiri, pernah saya mainkan (semasa menulis thesis master ) buat kerja part time menjaga Koperasi Kolej 17 lebih masa dari 8pagi hingga 11malam ... seolah terasa letihnya tika itu.. " akak okay? tegur salah seorang pelanggan tika lihat mata saya mula berkaca" saya senyum " InsyaAllah okay " kemudian dia dan rakan2 mula buat lawak sengal mereka cuba ceriakan saya ... momen terindah :)

Comments

Popular Posts