mengumpul kekuatan

mencari momentum 

Masa tidak akan pernah berhenti, akan terus berjalan dengan pantas. Melakukan pelbagai tugasan dalam satu masa dengan pantas dan teratur sememangnya satu cabaran buat diri. Terkadang, terlebih masa digunakan untuk fokus kepada sesuatu perkara lantas terabai satu perkara yang lain yang memiliki level pioriti yang sama. Survival kehidupan dan belajar. Kuat! 

Mencari semula momentum untuk kembali FOKUS kepada penyelidikkan sememangnya satu perkara yang normal jika sehari dua rasa seperti tidak dapat nak mulakan apa-apa. Sehari dua kemudian kembali ke track tidak mengapa, bagaimana jika sudah meleret hingga ke seminggu dua atau sebulan dua? Haaa... yang ini perlu diselamatkan segera. 

Terima kasih Along, sudi dengar luahan masalah umi semalam :) sedikit sebanyak, bangkit dihari ini ini bersama satu genggaman azam yang baru. 

Setelah teliti dan muhasabah, saya kira langkah-langkah ini dapat membantu sedikit sebanyak: 

1. Tenangkan diri 
Bila panik dan terlalu risau sedangkan kita tidak pasti apa yang bakal berlaku, pasti banyak perkara kita tidak dapat selesaikan dengan baik, Tenangkan diri. Banyakkan istighfar, akrab hati dengan Allah. Mohon Allah bukakan jalan. 

2. Senaraikan Tugasan ikut Pioriti
Mulakan dengan tugasan yang tidak stress. Pecahkan kepada bahagian-bahagian kecil dan Susun sebaik mungkin, Lagi mantap setiap bahagian masukkan dalam kalender dan mempunyai due date yang tak la terlalu ideal tetapi boleh dicapai.

3.Ubah suasana tempat belajar
Port belajar yang jika boleh statik. Dengan itu mudah semua bahan bacaaan dan keperluan sudah ada disatu tempat untuk dicapai. Saya menjadikan bilik belajar dikolej sebagai 'Cave' saya membuat penyelidikan. Ubah suai kedudukan dan susun atur supaya keadaan sedikit berbeza dan tidak bosan. 

Kadang kala, jika saya rasakan perlu suasana yang berbeza saya akan ke fakulti, bilik karel di perpustakaan dan dimana-mana coffee house yang ada capaian internet. Sekadar memncari kepelbagaian suasana. 

4. FOKUS pada kualiti masa yang ditetapkan 
Bedasarkan sasaran tugasan yang sudah dirangka, pastikan anda memiliki fokus pada jadual yang telah ditetapkan pada hari tersebut. FOKUS yang sedikit tetapi konsisten pasti membuahkan hasil walaupun lambat.

5. Tenangkan diri
Jangan pernah mengalah dan terlalu ingin melihat hasil yang banyak. Sabar dan teruskan sahaja usaha anda. Banyakkan berdoa agar Allah kurniakan Ilham. 

6. Rehat sebentar dengan "self reward"
Hadiahkan diri anda dengan perkara yang anda suka, Dalam seminggu berhempas pulas mendisiplinkan diri, hadiahkan satu hari sebagai hari rehat anda. Dengan ini anda akan lebih bersemangat untuk mengulang rutin yang sama diminggu akan datang.

7. Tawakal dan serah pada Allah 
Diakhir setiap tugasan kembalikan semuanya pada Allah. Tahniah kerana anda telah usahakan yang terbaik! 

* semua yang dinukilkan ini, sebagai salah satu cara saya memotivasikan diri. Moga saya mampu lakukan apa yang saya tuliskan. 


Comments

Popular Posts