Day 5 Ramadhan

Alhamdulillah... minggu lepas laju siapkan  eksperiment akhir. Saya ambil masa seminggu dan terus siapkan. Letih juga sebab terlajak hingga masuk bulan Ramadhan.
Hari ini saya ambil cuti lagi, hmmm supervisor kerja tak reply mesej..risau pulak jika dia marah sbb saya kebelakangan ini ambil cuti seminggu dua kali.. huhu! Tapi tu la keje kat ofis saya sudah siapkan setakat yang diberi.

Kekuatan dari Ayahanda

Ada sedikit kekuatan dari ayahanda saya dapat hari ini. Sedikit keyakinan bahawa saya boleh lalui kesukaran ini dengan baik.

Selepas perbincangan, ayahanda ada tanyakan tentang skill membuat aplikasi smartwatch atau android apps. Saya respon, di mana perlu belajar banyak lagi dan memang berminat untuk explore. Saya memang minat sangat dengan gadjet2 tersebut dan memang niat nak explore lebih tentang semua tu untuk research seterusnya. 

Haha! Saya suka invent! Target untuk research post doc pula nanti. Tapi cadang nak buat kat oversea, UK. Selepas setahun rehat kejap dengan famili. Serta jugak selepas nak settle down hal kawen (hmmm.. nak minta bantuan sesiapa carikan calon nanti).

Begitulah perancangannya... moga seiring perancanganNya juga.

Dari jam 2 pagi tak tido. Dapatlah tido 2jam selepas balek dari perbincangan tadi. Terjaga tuk solat zohor.
Lepas ni nak sambung buat eksperiment dan kemaskini hasil perbincangan. Untuk LR dan research objektif juga sudah clearkan tadi, jadi bolehlah laju menulis. InsyaAllah!

Teruskan momentum hingga akhir garisan. 30hari Ramadhan doa sungguh-sungguh! Allah ada..doa dan mintak je!

Comments

Popular Posts