Ibu ibu ibu

Allahu ...

Entah mengapa, malam ini terasa sayu.

ya... saya rindu ibu.. jarang saya lafazkan ia..

ya... kerana saya anak manja ayah :)

Ibu memiliki karakter yang kontra berbanding ayah. Sangat berbeza.

Ibu tegas, garang dan sukar mempamerkan kasih sayang pada anak-anak.

Kerana itu saya jarang bermanja dengan ibu.

Namun,

lewat meniti usia tuanya, ibu lebih sensitif lebih emosi... dan sepanjang kedewasaan ini banyak saya belajar untuk menata hati ibu..

Allahu...

saya masih gagal kuntumkan senyum diraut wajah ibu... masih belum cukup mengalih gusar hatinya ...

temenung lama saya...

"Kabulkanlah doa ibu ya robbi! leraikanlah beban jiwanya... andai apa yang ibu deritai kini sebagai kifarah dosanya, ampunkanlah ya Allah. limpahkanlah hidayah dan rahmat kasihmu buat ibu... ."


Comments

Popular Posts