Ramadhan Kareem ...


Mission Impposibble in the making...

Alhamdulillah... hari ketiga Ramadhan..

Sehari sebelum Ramadhan saya berjaya siapkan 18 responden untuk beberapa sampel experiment. Hari kedua Ramadhan saya berjaya habiskan lagi 12 sampel experiment.

Hari ini, saya ambul cuti untuk uruskan bahagian kedua eksperiment bagi kesemua 30 responden. Alhamdulillah. Lewat petang dapat siapkan.

InsyaAllah selepas tarawikh, cadangnya nak lihat semula hasil eksperiment dan rangka analisis.

Target urusan hari ini, nak rangka semula isi penting chapter. Bahan dan jurnal saya dah ada, saya cuma perlu masa untuk baca dan ulas secara kritikal.

Yang penting, rangka asas perlu dikemaskini.

Perlu usaha kuat. Sekurangnya bulan 6 ini target saya chapter 1 hingga 3 sudah clear dan dipersetujui prof. Moga dipermudahkan!

Terus usaha! Jangan putus asa!

Comments

Popular Posts