Ulang ambil data

Hari ini masuk hari ketiga saya cuti untuk research. Hasil analisa memerlukan saya ulang ambil semula data 30 respondan. Setiap respondan ada dua stesyen untuk cubaan. Sangat mengambil masa yang lama jika dibuat penuh teliti.

Saya kira, saya terpaksa korbankan cuti hari raya dan cuti tahunan saya untuk eksperiment akhir ini. Minggu ni tekad nak pulun habis untuk eksperiment.

Menulis tiada masalah jika hendak bahagikan masa dengan tugasan kerja, sebab tidak melibatkan interaksi dengan orang lain. Untuk eksperiment kali ni tak memerlukan input dari user.

Saya wajib ada keputusan analisis Jumaat ini supaya minggu hadapan atau sebelum cuti raya saya boleh present akhir kepada supervisory comittee saya.

Bulan puasa yang amat menguji.

Caiyokss!!!

Comments

Popular Posts