Memerangi emosi diri

A Beautiful Mind 




Pernah tonton kisah A Beautiful Mind?

Ia adalah kisah motivasi buat diri saya. Saya sering ulang tonton agar saya dapat kembalikan semula semangat yang hilang dan ketika emosi saya mula "menggila". Apa yang saya alami bukanlah seteruk Schizophrenia sebagaimana yang diuji oleh Allah kepada Profesor John Nash.

Acute Schizophreniform Psychosis cuma situasi saya ia berlaku dalam tempoh yang singkat. Iaitu kurang 6 bulan sebelum terawat.

Ia adalah salah satu penyakit pskikologi yang jika tidak dirawat dengan betul ia boleh membinasakan diri dalam diam. Ini adalah apa yang pernah saya alami ketika usia 18 tahun. Kisah itu terlalu gelap untuk saya sedia kongsikan dan ia merupakan asbab kepada penangguhan pengajian saya di matrikulasi selama setahun ditambah pula kata mereka yang menguruskan saya ketika itu, saya ditegur benda keras dimatrikulasi saya.

Tatkala seakan "terjaga" dari tidur yang panjang dalam "kerehatan" sepanjang setahun ketika itu, ada hikmah yang saya perolehi.

Iaitu untuk saya lagi akrab dengan Allah.

Mujahadah berperang dengan depresi.

Sukar, tapi saya harus belajar mengawal dan tidak mengikut perasaan yang melampau. Lagi-lagi saya yang bersifat Intorvert, suka menyendiri.

Situasinya sering berlaku bila saya terlalu fikirkan sesuatu yang sedih keterlaluan dan terkadang ada satu masa dengan tiba-tiba rasa amat sedih, menangis sendiri. Ketika ini, Along dan Intan menjadi bahu untuk saya menangis. Jarang saya hubungi ayah, kerana tidak mahu ayah risau. Dari situ saya cuba bangkit.

Jika saya tidak segera bangkit boleh menyebabkan saya tidak buat sebarang kerja semata-mata ikutkan perasaan emosi sedih itu.

 Kerana itu saya gemar sibukkan diri dengan pelbagai target dalam kehidupan yang merangkumi segenap potensi kemahiran; fitness, bachaton, menjahit, projek menulis, bisness. Semua itu merupakan salah satu kaedah saya melawan dari membenarkan emosi sedih itu hadir.

Dan beberapa hari yang lepas ia ada datang lagi, dan saya terbazir dua hari keterbelakang dari jadual penyelidikan yang saya rancang.

Teringat saya ketika saya "sakit" dahulu, setiap malam ayah teman disisi saya sambil berzikir... mengusap kepala dan terus berzikir hingga saya terlena. Walau dalam sedar tidak sedar, momen itu Allah kurniakan ingatan yang jelas buat saya.

Saya perlu segera bangkit. Syair Qalbi (Zikir Hati) adalah terapi wajib saya.Terapi zikir Hafiz Hamidun berlagu merdu tak putus-putus saya ulang siaran sambil ikut sama syairkan qalbi. Zikir yang paling saya gemari adalah Hasbi Rabbi... entah kenapa ia begitu sayu meruntun hati tatkala lafaz itu berlagu dijiwa.

Teringat bahan bacaan bertajuk "Aku Nabi Isa" hasil karya pakar psikatrist berkongsi pengalaman beliau berdepan dengan pelbagai bentuk masalah jiwa. Sesuatu yang menarik, menurutnya setiap orang miliki potensi untuk bersikap diluar tabii..pabila kisah silam, pengalaman mahupun tekanan yang dia berdepan tak dapat dikawal dengan hati dan akal. 

Kerana itu rohani perlu mantap...hati adalah raja dan tak semua orang normal perasan dan sedar yang mereka berdepan dengan penyakit emosi dan mental secara tak langsung...secara diam dan tanpa sedar. Tak percaya? Lihat akhlaq dan sikap seseorang tika amrah atau diberi tekanan yang hebat..bagaimana dia bereaksi.. jika pilih gantung diri dan terfikir jalan itu.. memang ada masalah...

Saya tiada mengambil sebarang ubat dari pakar memandangkan selepas berubat secara traditional keadaan saya kembali stabil, cumanya hanya sekali sahaja mendapatkan pengesahan kesihatan dari pakar psikitrist bagi membolehkan saya menyambung pengajian semula di matrikulasi pada tahun 2002.

Ini menunjukan yang apa yang saya alami tidaklah telalu serius hingga perlu bergantung pada ubat semata. Fungsi bahan kimia dalam otak saya masih boleh diimbangi supaya ia bertindak normal. Segalanya punya hikmah. Ternyata Allah menguji seseorang itu bedasarkan kemampuan diri orang tersebut.

Allahu ... Moga dipermudahkan segala urusan..






Comments

Popular Posts