"You are always a good fighter, you can go through this"

"You are a good fighter, you can go through this"

Along ada memberikan kata-kata ini, diakhir nasihatnya.

"Jangan putus asa,

Jangan fikirkan perkara yang boleh trigger depress,

Umi perlu lebih fokus dan sibukkan diri dengan thesis, ketepikan semua yang distract umi"

Ada dua orang sahabat seperjuangan yang sudah berumahtangga berjaya habis diakhir garisan lebih awal dari saya, walaupun mereka pada peringkat awalnya agak terkebelakang dari saya. Saya suarakan akan hal ini pada along.

"Umi, masing-masing ada ujiannya.. kita tak boleh nak samakan. The real competitors is yourself"

Ya, benar kata along.

Ada hikmah saya masih bersendiri, boleh jadi saya tak dapat fokus jika saya punya keluarga dan buat PhD pada masa yang sama, walaupun saya rasa saya mampu. Sesungguhnya Allah lebih tahu. Dan boleh jadi mereka tidak kuat jika berjuang sendiri, perlu ada teman hidup disamping diri.

Jangan pernah ukur kebahagiaan, kesenangan malah kegembiraan orang lain dengan kita. Sebaliknya carilah kesemua itu dalam kejerih payahan kita, pasti ada dan disitulah erti sebenar syukur.

Kak Z pernah pesan,

"Alifah, awak tahu Dr.Hussain tu graduate semasa dia semester berapa?"

"Erm.. semester berapa kak?"

"Semester 12 tau...Awak sendiri tengok dia macam mana kan? rajin datang lab buat research pagi-pagi kol 8 sampai jam 5petang, solat memang awal waktu..tapi tulah..masing-masing ada ujian masing-masing. Semester... cepat atau lambat siap tak penting. Yang penting adalah kita siapkan apa yang kita dah mulakan."

"Lagi sikit sahaja Alifah, akak yakin awak boleh siapkan. Teruskan konsisten momentum awak"

Saya banyak dengar "keajaiban" dalam perjalanan kembara ilmu ini. Ada diantaranya susah semasa peringkat awal tapi Allah mudahkan semasa peringkat akhir dan ada yang sebaliknya.

Saya menulis ini, saat saya mendapat berita sahabat saya sudah siap sedia hantar thesisnya kepada co-supervisor. Seorang ibu beranak tiga. Dahulu dia selalu mengadu sukar akan dirinya hendak membahagikan masa dirumah dengan anak-anak dan beliau amat cemburu dengan saya yang single sebab boleh fokus buat kerja. Saya hanya tersenyum ketika itu, alangkah andai dia berada ditempat saya... berupayakah dia harungi? Saya terus berikan kekuatan semangat kepadanya. Alhamdulillah kini sampai juga kegarisan akhir. Kini dia pula memberi dorongan supaya kami dapat konvo sama-sama :)

Saya termanggu. mencari kekuatan disudut yang lain. Saya masih belum kuat berusaha. Saya masih belum cukup dekat dengan Allah hingga datang pertolonganNya.

Sesuatu yang perlu saya muhasabahkan.

Allahu...




Comments

Popular Posts