Berbaki 3 Bulan lagi

Mengorak Langkah, Maksimum Momentum

" Assalamualaikum Umi, umi apa khabar?"  

Seperti biasa along akan bertanya khabar diawal pagi.

"Waalaikumussalam :) Alhamdulillah. Hari ni Umi ambil cuti halfday keje sebab nak uruskan thesis, Jumaat dah buat appointment tuk submit thesis chapter"

"Bagus tu Umi"

"Along.. mana lebih baik? sama ada Umi :

1. Buat keje kat bilik kolej tanpa Internet.. tapi ada kemungkinan akan tido sebab selalu tewas dengan katil yang sebelah meja studi

2. Pergi Library ada internet yang kemungkinan akan leka tengok FB" 

Hahah... mengadu saya saat perlu buat keputusan.

"Dua-dua la Umi"

"Maaf klu tak membantu hehe"

" Umi gi Library dahulu, kemudian balek sambung di bilik pula" Along memberikan cadangan. 

"Tapi, Umi perlu tulis dulu task apa nak buat kat library. So? nak buat apa hari ni?"

"Yeay! Ok! Hari ni nak tulis final section dalam Chapter 2 dan sambung kemaskini Chapter 3.

"Ok Good!" 

****************************************

Alhamdulillah, berkat kekuatan yang diberi, saya berjaya execute task yang dirancang. Sebelum ni banyak plan sahaja, selalu tewas dan gagal. 

Spark Momentum ni saya teruskan hinggga hari ini. Alhamdulillah. 

Kembali mendapat fokus, selain itu saya amalkan nasihat ayah untuk banyak solat taubat dan istighfar sebagai zikir dalam hati. 

Pagi tadi saya melihat semula kalender akademik saya berbaki 3 bulan sahaja untuk submit thesis. 

Perlu berusaha kuat! 





Comments

Popular Posts