Lelaki Itu..

Harus bagaimana?

"Ayah... erm, jika kita ada niat nak berkahwin dengan sesorang harus bagaimana?" Terbata- bata soalan itu cuba saya luahkan setelah sekian lama saya intai peluang dan ruang untuk bincangkannya dengan ayah ...

"Jika dah bersedia, yakin.. jalan terus sahaja" ayah jawab ringkas

"Ada yang berkenan ke? Ayah boleh pinangkan?" Sambung ayah sempat mengusik.. seakan tahu siapa dihati saya

"Ala..ayah ni saje je..malu la kakak" malu-malu saya tersenyum... cuba sembunyikan tentang siapa yang ayah maksudkan..

"Tapikan ayah..Macam mana kita nak tau orang tu suka kita atau sesuai dengan kita? Kot2 dia tak suka ke...yela..kakak tak nak couple2... kawan biasa je" sambung saya alih topik, takut-takut ayah tanya lanjut..

"Jika begitu, jika dia acuh tak acuh.. dia bukan lah jodoh kita"
Ringkas dan padat sekali lagi, tersentak pula rasa dihati..

"Macam mana nak tau dia jodoh kita?"

"Minta pada Allah tunjukan jalan"

"Memangla... kakak doa, istikharah.. tapi usaha pun perlu.." saya meningkah kata seperti tak puas hati dengan jawapan yang ayah beri, seolah tiada usaha kudrat..

"Itulah usahanya... ikhtiar rohani.. kuatkan usaha yang ini.. dan nanti Allah akan bukakan jalan usaha yang lain akan menyusul " nasihat ayah... masih ingin menegaskan betapa saya perlu bergantung harap sepenuhnya pada Allah..

"Jika seseorang lelaki itu sudah bersedia, dia akan yakin dan terus berjumpa wali perempuan. Itu salah satu sifat lelaki yang berani dan bertangungjawab. Perlu ada. Sebab dia bakal menerajui keluarga" jelas ayah, seolah ia satu harapan pada calon menantu

" Solat taubat, hajat isthikarah... rutinkan bukan untuk cari jodoh je..jika boleh lazimi solat2 sunat ini "

"Al waqiah, Al mulk dan dhuha kakak masih rutinkan tak? Quran tu..baca tak?" Betubi-tubi soalan ayah, lagak seorang komander menyemak tugasan prajuritnya yang diamanahkan..

"Heh...kekadang kakak letih, kakak tak buat " saya sengih

"Jaga semua tu.. jangan sibukkan fikir dan angan tentang jodoh... fokuskan apa yang lagi utama.. semuanya Allah dah tulis"

"Tak salah jika terbit rasa fitrah.. tapi kawal... lagi rindu lagi dekatkan diri dengan Allah..lagi banyak zikir..zikir dalam hati..zikir qalbi tu kerapkan biar tenang"

"Bina asas perkahwinan dengan cara yang betul, ini baru fasa awal..jauh lagi yang bakal tempuh akan macam-macam yang perlukan kekuatan jiwa yang kuat dekat dengan Allah.. kahwin bukan semuanya indah.. " jelas ayah panjang lebar... dari redup wajahnya sangat saya faham apa yang ayah maksudkan..

"Jika ada yang berkenan dihati, tetapi tak kesampaian, jangan putus harapan pada Allah.. Allah akan beri yang special lagi untuk kita..sebab mungkin dia tak sesuai untuk diri kita atau tak serasi dengan keluarga kita... berkahwin ni bukan diri kita je.. doa juga dia yang terbaik buat keluarga kita... moga rahmat dan barakah dari insan lain mewarnai keluarga ..." pesan ayah panjang lebar seakan memujuk dalam memesan ketabahan.. tahu anak gadisnya pernah terluka..

Lelaki Itu...

Jika ditanya calon lelaki yang bagaimana yang saya pilih, saya akan jawab... saya cari seseorang persis ayah...

Ayah seorang yang paling penyabar dalam dunia yang pernah saya jumpa..tanyalah sesiapa pun akan setuju

Pandang saja redup wajahnya, pasti hilang gusar dihati..tenang..

Ayah, paling tahu pujuk rajuk saya

Ayah, paling tahu harus bagaimana berdepan dengan diri saya yang "beremosi sedih"

Ayah, paling tahu cara bagaimana ingin sejukan saat amarah saya meluap2

Ayah, pandai bergurau buat saya tersenyum bila merajuk

Ayah, motivator yang hebat.. pembakar semangat..mendorong tiap potensi diri saya

Ayah suka berbincang dan berdiplomasi dengan saya dalam pelbagai urusan..buatkan saya sering tanya pendapat tanda hormat padanya..

Ayah ..yang tak pernah letih menadah telinga mendengar celoteh saya tentang macam2 perkara..

Ayah.. sang murobbi yang tak putus ingatkan saya tentang akhirat...

Ayah yang selalu menasihatkan saya tentang kehidupan.. bagaimana harus sebagai seorang anak... pelajar..pekerja..malah bakal isteri dan ibu kelak ...

Ayah.. insan yang banyak ajar saya lembut pada ibu yang sakit..saat saya khilaf masih belum cukup lembut melayan kerenah ibu yang sangat istimewa...

Ayah..

...

Berjurai air mata saat saya menulis semua ini.. tak dapat saya bayangkan jika ayah tiada...

Ayah... air mata ini banyak mengalir dibahunya..

Saya pernah berjanji pada diri, untuk menjadi tangan dan kaki ayah saat ayah tak berdaya dan lelah menongkah arus takdir dalam memikul dan galas semua amanah untuk keluarga...

Tiada lelaki yang hebat melainkan ayah...yang mampu bertahan dengan diri saya... saya sangka dahulu saya temui.

Tetapi bukan dia.. Allah aturkan pertemuan dan kemudian pengajaran perpisahan yang perit buat saya teladani..mungkin ada khilaf padaNya tak disedari sepanjang urusan itu..mungkin saya terlupa DIA ...

Biarpun 2 tahun berlalu, lukanya yang sembuh tetap berparut... ya, saya seorang yang setia.. sukar untuk mudah terima seseorang... namun, sekali diri rasa serasi, sepenuh dorongan dan sokongan diberi...

Allah hu!

Masih terus menanti pilihan dari Allah..

Bersabarlah seperti ayah...

"Kakak tahu... ayah dahulu kawin dengan ibu tak bercinta pun..bercinta selepas nikah"

Saya senyum... angguk setuju, sangat indah pertemuan yang Allah takdirkan buat ibu ayah..lantas meyakini pilihan prinsip yang dipegang...bercinta selepas nikah.. moga ikhlas hati..dan diredhoi Allah..

Pujuklah hati dengan zikrullah...ingat dan amal pesan ayah! Yoish!!!

Comments

Popular Posts