Chapter tiga bahagian sub topik terakhir

Tulis dahulu, sunting kemudian

Kaedah ini saya dapat dari email Tuan Zamri, penulis buku yang berjaya. Saya ada subscribe email tips menulis buku dari beliau.

Membaca email tips ringkas beliau terus membuatkan saya teruja untuk implentasikan dalam kaedah penulisan thesis. Sebab mereka sama jenis iaitu tentang menulis.

Antara masalah penulis adalah writer block dimana, penulis berhadapan dengan masalah menulis dan menyunting pada masa yang sama. Ini menyebabkan mereka gagal mencurahkan idea dengan laju.

Kaedah yang dinasihatkan adalah dengan menulis terusan idea yang ada tanpa perlu menyemak tatabahasa mahupun struktur ayat. Yang penting isi penting yang nak disampaikan dituliskan terlebih dahulu.

Hasilnya, seorang penulis itu mampu menulis dengan laju, dimana dalam tempoh serengah jam sahaja banyak idea dan isi penting berjaya diluahkan. Agak2 dalam tempoh setengah jam. Berhenti sebentar, rehat dengan secawan kopi sambil ambil angin. Kemudian baharu ulang baca dan kaji struktur ayat dan tambah tolak sebarang input yang dirasakan perlu.

Kaedah ini saya cuba amalikan pada chapter 3 saya, dan hasilnya dalam tempoh 2 hari saya hampir selesai tulis. Tapi semestinya perlu cukup bahan2 yang hendak bantu penulisan.

Hari ini Rabu, saya masih ada masa hingga esok untuk siapkan bahagian terakhir chapter 3. Terus sahaja saya email ayahanda prof untuk temujanji Jumaat nanti.

Chapter 3 hampir selesai berbaki lagi 3 bahagian thesis lagi untuk round pertama!

Port Baharu

Alhamdulillah berdekatan kolej ada kafe baharu buka dan selesa untuk bertukar angin jika sudah bosan duduk terperap di bilik kolej untuk menulis thesis :)

Menulis sambil minum kopi memang luar biasa seronok :)

Rentak untuk selesaikan thesis semasa waktu bekerja juga saya sudah dapat solusinya.

Solusinya :  Waktu rehat bekerja, tulis thesis..datang awal ke opis untuk tulis thesis juga. Balek opis terus balek ke kolej dan makan malam serta rehat. Lepas maghrib buka thesis hingga jam 11.30 kemudian tidur.

Ditakdirkan jam biologi badan saya akan terjaga sekitar jam 3 pagi hingga 4pagi..saya perhatikan sudah banyak kali ia berlaku. Dahulu saya ikutkan nafsu tidur. Saya terjaga dan tidur. Tapi kali ini saya lawan. Saya bangkit dan mandi supaya segar badan. Dating dengan 'Dia' kejap...

Buat kopi panas2, buka semula thesis. Masa ni saya santai2 sahaja..sebab nk stimulate fokus, agak perlukan masa yang lama untuk saya..jika saya rasa mengantuk saya tak tulis pun, baring2 tunggu subuh..kemudian solat subuh bila tiba waktu..siap2 ke opis dan gerak awal.. sampai opis awal sambung tulis..klu tak de mood sangat sampai awal breakfast relax2..

Untuk bulan puasa mungkin perlu adjust sedikit. Tapi pada saya tak banyak yang perlu diubah :)

Comments

Popular Posts