Nikmat Tuhan yang manakah engkau dustakan?

Bulan kritikal

Bulan ini agak kritikal sebab ada tunggakkan yang perlu didahulukan..jadi terpaksa bahagikan sebaik mungkin rezeki yang ada.

Saat harus memilih untuk isi perut atau minyak kereta, tiba-tiba saya mendapat satu mesej dari seorang sahabat.

"Ifa..akk ada hutang dengan ifa kan.."

Kak zi, dahulu saya pinjamkan meja niaga kepadanya..kemudian dia ingin beli..saya tolak padanya dengan harga murah..ikut bila2 dia rasa mampu nak bayar. Beberapa bulan lepas ayahnya pula meninggal, jadi saya tak tuntut bayaran dan hampir lupa nak minta bayaran tersebut kerana fikirkan kak zi pasti dalam kesempitan.

"Ifa beri akaun number, akak akan masukan secepat mungkin hutang ifa"

"Alhamdulillah! Terima kasih kak"

Subhanallah.. cepat2 saya berikan akaun  number. Allah hu akhbar!

"Akak baru teringat masa ternampak kertas katalog giant tadi..maaf ye ifa akk lupa..banyak benda berlaku"

"It's ok kak..saya faham, terima kasih kak..akk dah bank in nnt maklumkan saya ya..terima kasih kak :) "

Terlalu banyak kasih sayang yang Allah pamerkan saat2 saya perlukanNya..ArRazak... yang Maha Memberi ...

Jaga solat..solat dhuha..al waqiah.. ikhlaskan hati padaNya..insyaAllah Dia ada..

Syukur.. bolehlah bertahan sementara tunggu dapat gaji :)

Comments

Popular Posts