Dunia kecil saya

Introvet person
Saya terbaca tentang beberapa karakteristik dan personaliti yang digarap oleh pakar psikologi berkenaan ciri-ciri mereka yang introvert.

Kebanyakan hasil penelitian mereka tepat dan kena pada diri saya. Jadi saya kira, jika saya ingin membangunkan potensi dalam diri. Saya harus ambil kira karakter dan personaliti saya ini supaya ia boleh menjadi suis pemangkin diri.

Bersendiri
Salah satu ciri-ciri yang paling ketara adalah sikap menyendiri. Saya sudah terbiasa akan hal ini sepanjang saya membesar. Dengan itu dalam mengisi keterasingan saya ini, saya lebih suka membaca.

Ia satu terapi jiwa yang terbaik. Kebanyakan genre yang saya minat untuk baca adalah genre sejarah, psikologi, motivasi, pendidikan kanak2, isu atau motivasi hubungan antara pasangan dan novel islami yang membangunkan jiwa.

Kebanyakannya dalam bahasa melayu dan indonesia. Saya tekad untuk meluaskan pembacaan dari jenis buku bahasa inggeris pula bagi memantapkan penguasaan saya terhadap bahasa kedua itu.

Dunia saya
Kerana itu, dunia saya hanya membaca dan menulis. Saya jarang suka bersosial dengan ramai orang tanpa tujuan. Kebanyakan mereka yang hadir dalam hidup saya adalah mereka yang berhubung atas tujuan tugasan, ilmu dan perkara yang bermanfaat.

InsyaAllah saya harus pastikan diri saya bersama mereka yang berjaya dan hebat.  Supaya saya sentiasa termotivasi untuk menjadi yang terbaik. Yoish!
Selamat datang ke dunia saya ^^

Comments

Popular Posts