Laju menulis tesis

Penulisan Tesis

Penulisan tesis saya bermula sejak semester satu. Tulis sedikit demi sedikit. Tambah sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, saya berjaya siapkan sehinggan Bab 3 penulisan tesis. Tetapi saya masih belum berpuas hati dengan Bab 2 saya. Juga Bab 1. Saya perlu ubah suai semula supaya ia selari dengan pernyataan masalah saya yang telah saya ulang semak besama penyelia saya.

   Bab 4: Sistem Design

Bab ini agak agak mudah tetapi terlalu teknikal untuk ditulis. Alhamdulillah dua hari ini saya fokus untuk menulis. Tarikan sahaja jari jemari menekan papan kekunci dan limpahkan sahaja idea. Saya yakin, bab ini akan diulang semak. Tetapi daripada saya biarkan ia kosong dan tunggu lebih lama, saya kira lebih baik saya lakukan segera dan semak penggunaan bahasanya supaya saya boleh segera hantar kepada penyelia sebagai draft tesis pertama.

Bab 5: Eksperimentasi 

Bab ini pula saya hanya berjaya siapkan satu eksperimen dan satu lagi eksperiment bakal di laksanakan. Manakala saya ada lagi dua eksperiment yang masih 'tergantung' kerana masih belum berjaya mendapatkan markalah yang boleh menyokong dan dibuat perbandingan. Saya harus lebih mencari dan membaca. Ini juga penting untuk saya muatkan bersama dalam Bab 2 saya.

Cepatnya masa berlalu...saya harus habiskan sedikit lagi penulisan bab ini sebelum tidur.. kerana esok dan hari Ahad saya bercadang untuk kemaskini Bab 5 saya pula. Yoish!

Rezeki Ramadhan 

Alhamdulillah, semalam saya mendapat berita gembira. Tawaran pengemaskinian laman web. Terdapat 10 laman web yang perlu saya kemaskini. Moga saya dipermudahkan urusan untuk siapkan tugasan ini.

Hari Isnin saya perlu hubungi pendaftar untuk mengetahui status pembiayaan tawaran yang telah saya terima. Sepanjang minggu ini saya ternanti-nanti juga panggilan dari mereka tetaoi tiada. Nampaknya saya sendiri yang perlu hubungi mereka. Moga Allah lembutkan hati mereka yang menguruskan urusan ini. Ameen

Comments

Popular Posts