My sifu

He is the best big bro!

"Weh, aku keluar pi beli food dulu. Pas teraweh sambung. Aku dah install teamviewer"
"Jom la lepak CC orange. Tapi ko belanje sahur"
"Aish..ok set! Jumpa kat sana"

Zuuuuup! Berdesup saya bawa kereta ke CC yang dijanjikan. Bertemu sifu saya. Dia abang yang terbaik pernah saya ada. Walau kadang kala saya rasa dia terlalu protective. Tapi kadang kala, ada juga dia tak berkira. Cuma perlu pandai ambil hatinya.

Kami beza selang setahun. Jadi, kami memang sangat rapat. Kemana-mana kami berdua. Teringat semasa saya di tingkatan 2 dan abang saya di tingkatan 3. Kami ke sekolah ulang alik bersama. Di sebabkan muka kami tidak seiras adik beradik hingga ada yang sangka kami ni couple. Haha!

Persediaan freelance task

Banyak yang saya pelajari hari ini. Kami explore sama-sama tugasan yang bakal kami ambil. Selepas dua hingga ke tiga jam selesai menurun ilmu kami sempat bersahur bersama di kedai mamak.

 Kemudian saya terus balik. Abang sempat berpesan.

"Hati-hati dengan hati, jangan berharap yang bukan-bukan. Be professional, jangan buat sebab kasihan."

Tersentap saya.

Erk!

Sepanjang perjalanan balik ke kampus. Saya tekad luruskan kembali niat dan singkirkan perasaan yang bukan-bukan. Saya ni jenis mudah kasihan pada orang, jika ada yang meminta tolong memang payah kata tidak. 

Saya harus FOKUS!

Comments

Popular Posts