Sahabat terbaik

"Sabar ukht, sikit sahaja lagi"

Terus dia memberi kata-kata semangat.
Terima kasih Along.
Sahabat terbaik yang amat-amat saya sayang.

Dia merupakan roomate saya sejak saya semester 1 degree.
Dengannya saya tiada rahsia.
Dia pendengar saya yang setia.
Paling memahami situasi sukar yang saya hadapi.
Kesayangan saya.

Terkadang saya cuba sembunyikan juga sebab kasihan padanya yang sering menjadi bahu tempat saya menangis.

Sekian lama, Allah hadirkan dia sebagai sahabat terbaik. Ukhwah kami Allah uji. Terpisah yang agak lama atas tuntutan cita-cita. Pada mulanya amat payah, untuk saya depani. Namun, Allah ingin jadikan saya lebih kuat. Bergantung hanya padaNya.

InsyaAllah hujung tahun ini Along balik dari Australia. Moga ukhwah mekar mewangi.

Dua insan sahabat yang saya kongsikan ini merupakan anugerah terindah Allah buat saya. Moga Allah berkati dan rahmati mereka.

Comments

Popular Posts