Inclusive

Tertutup

Selektif. Begitulah salah satu sifat dan karakteristik insan introvert. Mereka bukan tidak mempunyai ramai kawan dan sahabat  Tetapi mereka yang terpilih menjadi sahabat mereka merupakan orang yang istimewa.

Bukan mudah si introvert ingin berkongsi dan mengizinkan orang luar masuk kedalam dunianya. Mereka yang terpilih merupakan sahabat setianya.

Kerana itu, bagi memulakan persahabatan dengan si introvert mulakan dengan memberi peluang dia membuka ruangnya untuk dikongsi bersama.

Meneliti akan hal ini, saya melihatkan ia sesuatu fakta yang benar atas pengalaman saya. Jika dilihat secara kasar saya memang tidak ramai kawan dan lebih suka bersendiri. Hanya ada ketikanya sahaja saya akan bersosial. Kebanyakan masa saya akan recharge diri dengan bersendiri.

Cabar diri

Walaubagaimanapun, saya suka mencabar diri beberapa perkara yang bertentangan dengan sifat dan sikap saya. Sekadar ingin mencari pengalaman baru dan mencetus sesuatu yang menarik!

Tika ini sikap gila-gila yang tersembunyi muncul. Namun, ia tidak lama. Tembok defensif dari personaliti introvert tetap ada. Sebagai pembatas.

Sepajang pembacaan melalui sumber internet, banyak buku-buku menarik yang ingin saya jadikan koleksi bacaan. Aish! Tak sabar ingin ke Kinokuniya ^^ gedung buku global kegemaran saya :)

Comments

Popular Posts