Tak lena

Tesis oh tesis

Hari ini saya habiskan sehingga jam 9 malam sahaja penulisan tesis. Itu pun tak fokus. Mula hilang fokus. Lari ke chapter sana sini dan lompat-lompat ke tajuk2 kecil tesis.

Buat kerangka bab dengan tajuk-tajuk kecil yang belum terisi dengan ayat magis haha!.

Baki masa yang lain, dok melilau dengan posting FB..aish! 2 hari speed..ni dah pancit pula..take a rest... kejap je tak leh lama...esok nk speed lagi..

Tak keruan malam ni dok memikirkan eksperimen yang tergantung. Saya masih belum jumpa solusi.

Nak tidur rehat. Dengan harapan esok bangun awal dan sambung kemas kini chapter 4.

Aduhai... lenalah mata..berhentilah berfikir... please ...

Comments

Popular Posts