Sahabat

"Pergh penat!.."
Mesej ringkas dari seorang sahabat.

Tersenyum saya, biasanya jika sahabat saya mesej begitu tanda dia ingin bertanya khabar dari saya kerana saya yang telah lama tak berkongsi cerita dengan dia.

"Rehat2 dulu boss... minum kopi ke ..eh?"
Gurau saya dibulan puasa.

"Auni apa khabar? Sudah sihat?" Saya mulakan bicara
" Alhamdulillah"

"Qoid kesayangan ana tu? Apa khabar dia? Rindu kat Qoid"
"Qoid dah lasak, dah dapat kaki"

"Anti apa cerita?" Soalnya pula.

Seperti biasa, bercerita panjang saya seperti meluahkan segala bebanan. Haha! 

Sahabat. Antara sahabat yang paling saya sayang.

Sebab dia selalunya ada saat saya duka dan sedih. Sering memberi motivasi dan semangat untuk saya harungi liku-liku kehidupan. Entah mengapa, saya dapat rasa dia seperti tahu dan terdetik hatinya saat saya dalam kesedihan mahupun kekusutan.

11 tahun kami bersahabat. Dia paling fahami emosi saya yang bersalut kesedihan.

Moga Allah rahmati sahabat saya ini dengan mencampakan rahmah, sakinah dan mawaddah ke atas dia dan keluarganya.

Comments

Popular Posts