Coretan ketabahan

Usah dibandingkan ujian yang Allah kurniakan buat diri dengan orang lain..

" Alhamdulillah... moga Allah permudahkan segalanya ... bukan mudah untuk campakkan rasa empati dalam hati manusia..bila mata yang melihat hanya sekadar masalah yg nampak luaran... melainkan mereka yang benar2 ingin memahami dengan tanpa sebarang prasangka...dalam situasi ini..diri hanya mampu berbisik..Allah ada..Allah tahu..terkadang tak semua cerita kita boleh cerita..dan walau kita cerita tak semua yang mendengar faham..cukuplah bercerita pada Allah..it's complicated " (6 June, 2015)

Rezeki burung .. bila kita letakkan tawakal yang tinggi kepada Allah ... Allah mudahkan urusan. syukur kerana saya sangat terdesak ketika ini dan ALlah hadirkan banyak peluang rezeki tanpa saya sangka..

Ya... tiada siapa yang akan faham kesukaran yang dilalui sepenuhnya. Meletakkan empati dalam diri seseorang itu sesuatu yang amat payah. Ia perlukan persangkaan yang baik, tawaduk hati dan keikhlasan diri.

Kerana itu jika berkongsi cerita, sememangnya amat payah untuk terima respon yang positif dan motivasi jika sifat orang yang menadah telinga itu suka bersangka buruk, beranggapan dirinya lagi hebat (ujub) dan tiada empati sebaliknya membanding dirinya boleh lalui apa yang dikongsi.

Ya, ia berlaku kerana latar belakang yang berbeza. Dari sudut hubungan sosio keluarga, faktor ekonomi malah interaksi hubungan dalam sesebuah keluarga dan keimanan dalam sekeping hati. Kesemua ini memainkan peranan dalam pembentukan peribadi seseorang yang semestinya unik .

Dalam situasi ini saya lebih kepada menjadikan kata-kata mereka sebagai cabaran dan teruskan sahaja kehidupan dengan sebaik dan seikhlas mungkin. Allah Maha Mengetahui. Sebagaimana nasihat ayah

"Biarlah apa mereka ingin cakap dan nyatakan, kita jangan ambil emosi. Mereka tidak melalui apa yang kita lalui. Yang penting Allah Maha Mengetahui " 


Kerja Separuh Masa... demi sesuap rezeki...

Kenangan yang lalu ..  Koperasi Kolej 17 

Komitmen yang ada lebih berbanding apa yang ada ditangan. Jujur saya katakan. Saya tiada simpanan. Kesemua peruntukan adalah untuk survival hidup. Kerana itu saya perlu gerakkan tulang empat kerat saya untuk mencari rezeki. Prinsip saya bukan meminta. Saya benci berhutang. Atas keperluan ini saya perlu berusaha bersama bebanan belajar yang sedia ada. Ya. Ini merupakan cabaran saya dalam membahagikan masa saya.

Pengalaman semasa menjadi cashier di Koperasi Kolej 17 semasa akhir pengajian Master saya jika saya kenang semula sangat syahdu. Masih segar diingatan, Selepas tutup kedai, saya kumpulkan kotak2 di stor dan muat masuk kedalam kereta untuk dijual. Penuh satu kereta. Ia menjadi rutin setiap kali selepas bos muat naik stok bulanan untuk kedai. Biarpun tidaklah banyak mana yang saya dapat, adalah dalam RM5 hasil jualan kotak..tapi ketika itu sangat bersyukur sebab sekurangnya dapatlah sebagai duit belanja makan sementara tunggu claim mengajar sebagai penunjuk ajar difakulti masuk dan gaji uruskan koperasi tersebut dihujung bulan.

Rezeki dari Allah... kadang kala..Allah salurkan melalui orang..Ada sahaja sahabat yang singgah belikan nasi untuk makan tengah hari buat saya. menitik air mata tika itu. Betapa hebatnya ukhuwah, Terima kasih along. Masih segar momen itu.

Penat? usah ditanya... seperti uruskan memasak untuk buat kenduri rasa penatnya.

Saya bukan sahaja perlu jaga kaunter. Tapi menguruskan keseluruhan kedai. Kadangkala demi mendapat wang lebih saya tawarkan diri untuk kerja lebih masa hingga lewat 11malam.

Tika itu, segala penat lelah terubat dihamparan sejadah.

Meninjau kebelakang melihat ketabahan yang mana diri ini bisa melalui sedikit sebanyak menguatkan langkah yang mendatang...

Pasti ada yang bertanya mengapa tak cari kerja yang sesuai dengan kelulusan .. Ketika itu saya hanya mencabar diri dengan melakukan "kerja fizikal" dan sedikit pengalaman mengajar kerana ingin lapangkan fikiran dari perlu berfikir. Tika itu saya sedang menulis thesis master saya... jadi cukuplah seminggu sekali mengajar difakulti satu lab disebelah petang hingga malam..

Ya, seminggu sekali saya mengajar lab dimana selepas bekerja jam 8 pagi hingga 5petang saya perlu mengajar jam 5 petang hingga 8 malam.. pernah satu ketika saya crash sebab terlalu penat dan   terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke kelas...

 tika itu berbisik dalam hati Alhamdulillah...Allah rehatkan ... senyum dalam menitis air mata...


Pensyarah Sambilan 

Rezeki niat ingin membina masjid ... tika itu rezeki yang tanpa dijemput hadir saat saya bersiap sedia sedikit2 menyediakan keperluan walimah yang saya usahakan sedikit demi sedikit.

Saya mendapat tawaran daripada kawan yang berkerja sebagai pensyarah sambilan di Kolej Segi Seri Kembangan. Oleh kerana pensyarah tetap tersebut cuti bersalin, mereka memerlukan pensyarah ganti. Saya sahut cabaran ini sebagai salah satu pengalaman mengajar. Ketika ini saya tidak mengambil tugas mengajar di fakulti.

Saya suka mengajar. Cumanya kerana terpaksa uruskan hingga 3 subjek satu semester saya terasa agak terbeban kerana bahan pengajaran terpaksa saya sedikan daripada scratch dan tambahan perlu menyemak tugasan pelajar. Namun, ia satu pengalaman yang terbaik. Bagi saya ia penting kerana kelak semasa saya bertugas sebagai pensyarah, saya juga perlu lakukan penyelidikan disambil tugas hakiki mengajar.

Hanya dua semester diploma sahaja saya teruskan mengajar dan bedasarkan pengalaman ini saya lebih suka memilih 'kerja fizikal' sebagai kerja separuh masa berbanding mengajar  kerana tidak perlu letih berfikir menyediakan bahan pengajaran dan menyemak tugasan pelajar selain dari  penat mengajar.


Pembantu Kedai Dobi 

Pertengahan semester 6 ....

Ya, ketika ini detik saya mengubat duka...rentan walimah yang dirancang terputus ditengah jalan. Begitulah takdir yang tertulis.  Pada masa yang sama saya harus buat persiapan kerana biasiswa saya bakal tamat pada awal tahun 2015. Tugasan agak santai dihari biasa, namun saya mula bekerja semasa bulan puasa dan sebulan selepas raya. Ketika itu cuti semester dan saya tidak mendapat tugasan mengajar di fakulti.

Saya disiplinkan diri dengan masuk ke lab penyelidikan jam 8 pagi hingga jam 4 petang untuk siapkan tugas penyelidikan dan bergerak ke kedai dobi jam 4.30 petang hingga 9 malam.
Pengalaman di kedai dobi sangat menarik. Semua tentang membasuh dan mengosok. Menguruskan pelbagai jenis material kain. Seronok kerana saya belajar sesuatu yang baru. Upah yang ditawarkan tidaklah banyak tetapi sangat membantu. Upah yang saya terima ketika itu upah harian. Saya agihkan simpanan yang ada kepada adik saya, diri dan sebahagian saya simpan dibank.

Selepas semester bermula saya bersyukur kerana saya terima tawaran mengajar difakulti sekali lagi..dan bermula semester 7 yang agak mencabar kerana hasil penyelidikan saya agak kurang memberi output dan masa semakin laju. Seolah memberi isyarat yang saya harus fokus.


Semua ini bukan keluhan ... tetapi sebagai coretan ketabahan, selain kerja sambilan begini ... saya suka berniaga dan ia adalah survival tools saya yang paling saya minat!




Comments

Popular Posts