Ofis dirumah


Cabaran baharu, suri rumah sepenuh masa :)

Sebelum ini, saya tinggal dikampus kerana dalam masa seminggu dua hari saya ada kelas yang saya perlu mengajar. Serta semester-semester sebelum  ini saya banyak buat kerja sambilan untuk menampung kos perbelanjaan keluarga. Syukur Alhamdulillah, bulan lepas saya mendapat jawapan positif daripada temuduga sebagai pensyarah di UPM. Permohonan tersebut dibawah Skim Tenaga Akademik Muda dimana selepas selesai pengajian saya akan diserapkan sebagai pensyarah di fakulti saya. Sepanjang tempoh ini saya diberi cuti belajar untuk siapkan semua tugasan penyelidikan. Memandangkan keadaan ibu ayah kurang sihat, saya mengambil keputusan untuk balik ke rumah dan menyiapkan tugasan dirumah. 

Bulan puasa ini saya lebih teratur menyiapkan tugasan dirumah berbanding seminggu sebelum Ramadhan. Mungkin kerana rutin harian berubah dimana saya tidak perlu masak untuk makan tengah hari. Masuk ke dapur selepas asar. Jadi, sepanjang pagi hingga ke waktu Asar saya akan selesaikan tugasan saya penyelidikan saya. Nampaknya selepas bulan Ramadhan saya harus telitikan rentak rutin harian saya dirumah.

Tapi kebiasaannya, menghampiri jam 4 petang seperti sekarang ini saya sudah mula hilang fokus. Terlihat dumbel, terus sahaja buat beberapa aktiviti bebanan lengan dan tangan.
Bulan puasa saya tidak dapat bersenam kardio. Biasanya seminggu sekali saya akan ke gym jika ada ongkos jika tidak gym dalam bilik kolej sahaja ^^.Mencergaskan diri. Jadi, bagi mengekalkan momentum bersenam saya,  saya hanya buat senaman ringan sahaja bila saya rasa perlu dan ia lebih kepada latihan bebanan.

Tugas suri rumah sangat meletihkan, namun bila sudah menjadi rutin ia terasa biasa. Ia bukan sekadar tugasan didapur tetapi menguruskan keseluruhan perihal rumah seperti mengemas, membasuh baju, menjemur dan melipat kain. Seuasai solat Asar, saya harus bersiap sedia bersilat didapur dan penutup rutin selepas bertarawikh, menyiapkan juadah untuk bersahur.

Abang saya sering berpesan, "Semua ini adalah latihan. Apabila berumah tangga kelak lebih banyak tugasan perlu dibuat selain menguruskan rumah. Perlu uruskan suami dan anak-anak. Tambahan ketika itu jika sudah bekerja, pasti berbeza.Dan yang penting, sementara belum 'diambil' orang ni..berkhidmatlah untuk ibu ayah pasti Allah mudahkan urusan lain. Taat pada mereka, kerana bila sudah kahwin taat itu beralih kepada seorang suami" 

Syahdu pula bila dengar lagu lafaz sakinah :'(

Comments

Popular Posts