Ruhul Jadid

Hari Kedua Ramadhan 1436H

Ruhul jadid "semangat baru" nama kereta pertama saya yang setia bersama  hampir 8 tahun. Kereta pertama dan terakhir. Saya amat sayangkan kereta ini. Kereta yang paling saya mampu untuk miliki saat say abuat keputusan untuk memilikinya. Biarpun tidaklah hebat mana,  tetapi terlalu banyak kenangan susah payah saya bersama kereta ini. Lagi dua tahun langsai hutang kereta saya, saya berniat hendak pastikan Jadid sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Semalam, setiba dari rumah di AU Keramat saya singgah ke kolej untuk mengambil dokumen perbincangan. Ketika itu sudah jam 2.30 petang dan saya harus segera bergerak ke fakulti berjumpa penyelia penyelidikan saya, kemudian jadid pula buat hal. Puas saya berusaha sehingga jam 3 petang masih tidak berjaya. Selepas mendapat mesej bahawa prof perlu berjumpa saya segera kerana beliau ada temujanji lain jam 4 petang. Saya terus naik bas dan yang agak terkilan dalam kekalutan saya bahan yang saya sediakan untuk dibentangkan pada prof saya tertinggal didalam kereta. Huh! saya sering begitu cuai ketika kalut!

Namun, alhamdullillah. Perbincangan berjalan baik dan saya nampak jalan keluar biarpun saya tahu ia sukar. Selepas hubungi pomen yang ketiga baru saya dapat selesaikan masalah saya. RM300 kos bagi membetulkan pad lock kunci jadid yang telah rosak. Pabila berlaku hal kecemasan sebegini, buat saya terfikir betapa pentingnya perlu ada simpanan kecemasan. Hmmm... Saya kira dapat berpuasa bersama ibu dan ayah hari pertama ramadhan. Namun berpuasa dikolej juga nampaknya.

Jam hampir 6 petang dan saya masih menunggu pomen yang janji untuk datang sejak 4petang tadi.. sabrun jamil... (sempat pula saya menulis sementara tunggu pomen)

Comments

Popular Posts