"Usrahti"

Perjalanan ini bukan sesuatu yang mudah... tambahan lagi bilamana usia kita makin dewasa, ibu ayah semakin uzur. Bukan satu aspek sahaja kita harus tumpukan seperti memenuhi keperluan keluarga. Sebaliknya, aspek kekeluargaan dan hubungan sosio perlu seimbang. Kerana tika ibu ayah kita tidak terdaya, kita adalah wakil diri mereka. Tidak adil jika kita abaikan hubungan keluarga semata2 untuk segulung ijazah mahupun dengan beralasan sibuk bekerja.

Jika masa berkelapangan sememangnya saya akan usahakan sebaik mungkin memenuhi mana2 jemputan dan aktiviti keluarga.  Namun, antara pioriti utama tentunya saya akan pilih keperluan dan memudahkan ibu dan ayah terdahulu. Saya tidak sempurna untuk memenuhi kehendak semua pihak, namun itu tidak bermakna saya tidak peduli.

Terkadang sukar kita ingin menjelaskan situasi sebenar. Bagai ditarik-tarik diri menguruskan keperluan keluarga. Jika diberi penjelasan dikatakan beralasan. Ketika menelitikan akan hal ini saya teringat akan prinsip usrah (keluarga), taaruf -tafahum-tafakul.

Taaruf sekadar tahu tentang diri setiap ahli usrah, tafuhum membawa kita lebih mendalam kenal dan sehingga mampu meletakan empati dan bersangka baik seterusnya hingga mampu mewujudkan tafakul iaitu membantu dan meringankan.

Jika diteliti, betapa pentingnya tafahum dalam sebuah institusi kekeluargaan itu. Dengan ini walaupun jasad tidak bertemu tetapi hati2 itu terikat kemas dengan ukhwah. Semoga Allah mudahkan segalanya.Tiba-tiba saya teringat pesan Mak Long tiap kali jika jumpa "Jaga Ibu baik-baik" ya! Ini pioriti saya.

Comments

Popular Posts