Kenangan terdahulu ..

terapi hati ...





Selain menulis sebagai terapi hati, nasyid adalah pilihan kedua saya sebagai terapi diri. Tahun 2001 merupakan tahun gelap saya. Tiada memori. Hanya cebisan-cebisan memori yang kini saya cuba ingat sedikit demi sedikit. Tahun itu merupakan tahun dimana saya berada di dunia saya sendiri. Dunia yang saya 'cipta'. Jika dirujuk dengan pakar pskitrist simptomnya seperti schizophrenia.

Atas nasihat makcik saya yang merupakan pakar farmasi agar keluarga ikhtiar kaedah perubatan perubatan Islam dan perubatan traditional berbanding merujuk hospital kerana takut mereka memberi dos ubat yang banyak kerana ketika itu keadaan sangat kritikal. Setahun selepas berbagai ikhtiar dari keluarga saya kembali beransur sihat, bagi membolehkan saya menyambung pengajian selepas setahun Allah "rehatkan" kami merujuk pakar psiktrist untuk mendapatkan surat pengesahan bahawa saya bersedia untuk sambung belajar semula diperingkat matrikulasi.

Bedasarkan penelitian mereka saya disahkan menghidapi acute depression. Kini 14 tahun sudah berlalu dan sepanjang meniti tahun-tahun tersebut bukan sesuatu yang mudah ... terkadang masih terkesan kenangan lama dan saya perlu kuat untuk melawan semua gelojak emosi.

Secara tidak langsung saya menjadi gemar membaca buku-buku motivasi dan genre psycology. Ada satu sifat ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada saya ketika itu. Pecahan-pecahan memori dan pengalaman yang saya lalui cuba saya cantum bagi menemui jawapan. Namun yang pasti ternyata apa yang berlaku besar hikmahnya buat kami sekeluarga.

acute depression ... the other side of my story ... insyaAllah ada ketika nanti akan saya kongsikan kerana ia agak sukar untuk disingkap kembali ..




Comments

Popular Posts