Melihat dari sudut positif

"Maka ingatlah kepada-ku, Aku akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaku dan janganlah kamu ingkar kepadaku. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar" Al Baqarah ayat 152-153.

Ujian

Ia datang dalam pelbagai bentuk. Bezanya cara penerimaan kita. Saat kita lemah, kita akan mencari manusia meluah masalah. Tanpa mencari Allah terlebih dahulu. Aduh! Lemahnya aku!

Ubat utama dalam mententeramkan jiwa dan gelojak emosi, hanyalah dengan kembali membawa hati kepada Allah.

Hari ini saya di kolej, memandangkan ada beberapa laporan yang perlu saya siapkan dalam minggu ini. Bersendirian di bilik yang saya selalu istilahkan sebagai cave saya, membawa kepada suasana muhasabah.

Benarlah, beruzlah seketika dan bersendiri itu mempunyai kekuatannya yang tersendiri dalam menilai sesuatu kelamahan jiwa.

Berbeza ujian dahulu dengan ujian sekarang yang saya berhadapan. Semuanya kerana ia membawa kepada proses kedewasaan. Oleh itu, sudut pandang dan cara berhadapan harus lebih matang dan menilai dalam pelbagai bentuk dengan teliti.

Tidak mudah melatah, tenang dan bersangka baik dengan Allah. Saat begini warkah dariNya sahaja yang mampu menjadi ubat yang paling mujarab.

InsyaAllah...moga dipermudahkan segala urusan...ameen!

Pesanan ketabahan

Waalaikumissalam wrh, terima kasih diucapkan atas doa2nya. Mudah-mudahan coretan kecil ini dapat memberikan semangat kepada cik untuk teruskan perjuangan. Setiap orang Allah jadikan perjalanan kehidupannya didalam berbagai bentuk rupa dan warna. Cantik kalau kita lihatkan setiap kita ada keunikan yang tersendiri.

Moga Allah permudahkan perjalanan cik. Moga tabah didalam menghadapi ujian dan dugaan. Ramai yang takutkan kegagalan walhal gagal itulah sebagai peneman memberi nasihat -"Allah ingin kita cuba yang lebih baik lagi kerana dia sedang menyiapkan kita kemenangan yang lebih besar daripada sebelumnya".

"Tetapkanlah kepercayaanmu bahawa setiap kesukaran disertai kemudahan. Sesungguhnya! Setiap kesukaran itu pasti ada kemudahan." - al insyirah:5&6

- mesej balas dari Tuan Arif Aqif yang berkongsikan pengalaman umi beliau semasa menyiapkan PhDnya..

Comments

Popular Posts