Fasa Peralihan

" Maaf Cik, tawaran TAM tempoh hari sudah kami masukan ke meeting. Statusnya masih belum dibuat kerana Cik perlu hadir ke meeting pada 7 Julai untuk penjelasan status penyelidikan cik. Ini merupakan kes pertama sebegini jadi kami akan meneruskan proses pembiayaan dengan bendahari selepas menerima jawapan dari meeting tersebut. "

Menarik nafas dalam. Seraya hati berbisik "Next challenge! here we go again..!"

Ternyata saya terlalu mengharap segalanya berjalan lancar tanpa mengambil langkah berjaga-jaga atas sebarang kemungkinan yang boleh berlaku jika penyambungan biasiswa ini mengalami kesulitan.

Fasa peralihan sebegini pernah saya lalui semasa saya Master yang lalu. Terputus biasiswa dan perlu bekerja sambil menyiapkan tesis. Namun, sebelum ini saya cukup-cukup habis biasiswa dan tesis hampir siap. Berbeza sedikit dengan keadaan sekarang kerana penyelidikan dalam progress. 

Allahuakhbar, nikmat Engkau yang manakah aku dustai? 

Untuk dua bulan ini saya perlu lakukan sesuatu. SEGERA! Perlu meneliti Surviving Tools mana yang sesuai disaat saya perlu menjaga ibu dan ayah di rumah. TABAH!

Terkadang bila hal begini berlaku sayu terasa, terus seperti menyalahkan diri sendiri, Mengapa jalan ini yang aku pilih? Merisaukan kedua ibu bapa yang dimamah usia. Sedangkan aku wajib bahagiakan mereka. teringat nukilan abang di laptop. "Warkah layang darinya" semasa saya biarkan blog tidak bertutup. Banyak sungguh bawang yang dia potong! TT Saya termanggu!

"Ibu Bapa

Fikir begini, jika sekarang kita ibu bapa, apa yg paling mereka mahukan dr kita sebagai seorang anak? Pengorbanan mereka terhadap kita terlalu bnyak, sampai bila lagi mereka mahu menuunggu mimpi2 indah itu? 

Dari sejak melahirkan sehingga sakit terlantar di katil di hari tua, salahkah utk mengharap, seteguk angan2 sebelum meninggalkan dunia yg fana ini?

sanggupkah kita berkorban utk mereka? atau kita teruskan sahaja hajat di hati atau mengejar cita tanpa mengendahkan mimpi2 mereka? apabila melihat wajah mereka, ternyata mereka pasrah dgn takdir, apakah daya, seorang tua yg mengharap...

hanya mampu menunggu dan menunggu dipapah usia...sedarlah wahai anak...masa tidak menunggu kita, hajat bukanlah cagaran pengorbanan bagi yg sudah tiada....

walau bagaimanapun, kita yg pilih dan penentu semua yg bakal terjadi... esok kita juga ada anak2 yg memilih, dan kita pulalah yg akan mengharapkan mimpi2 indah dr pengorbanan sejak dr berumah tangga dgn tersayang, hingga di atas katil keuzuran...

adakah bertuah anak, malang pula ibubapanya? 

biarlah tuah itu disulami pengorbanan yg berbagi...

berkorbanlah semahunya kepada ibu(3X) dan ayah sebelum terlambat, hari2 mereka mangecap bahagia bukanlah wang ringgit tetapi hanyalah tindakan kita sebagai anak sebagaimana yg mereka mahu melihat 

..itulah harapan dan mimpi2 bonda dan ayahanda sejak melahirkan kita dan melaungkan azan di dunia ini...


- nukilan hati baiya "



Ketika terasa diri itu susah.. sesunguhnya ada yang lebih susah.. bersyukurlah sayang... Allah sayang, kerna itu Allah uji ...


Comments

Popular Posts