Stay Up

Bersekang Mata

Saya mudah leka dengan kerja. Jika saya sudah melekat buat tugasan penyelidikan  sama ada coding atau tesis saya akan terleka sampai tidak sedar waktu yang berputar!

"Weh! Dah2 keluar.. aku nak tido dah.."

Tegur abang saya. Saya yang masih tak puas hati dengan konfigurasi koding saya terus cepat-cepat kemaskan laptop dan bawa semua barang ke meja ruang tamu..tutup lampu dan pasang lampu meja...mengimbau momen semasa belajar untuk SPM dahulu ^^

Rumah kecil yang memiliki dua bilik inilah yang menjadi saksi tungkus lumus saya dizaman sekolah. Satu bilik ibu ayah, satu bilik abang saya yang kurang sihat. Kami tiga beradik berkongsi bilik. Namun, bila tiba masa tidur, port saya dan adik saya adalah diruang tamu. Memberi pioriti kepada abang kami yang kurang sihat dibilik.

Saya bukan scorer. Malah, dalam perjalanan menyiapkan master dan PhD ini pun saya perlu perah habis-habisan segala kemungkinan usaha yang ada. Biar terpaksa berguru yang jauh mahupun terpaksa ambil kelas untuk belajar sesuatu.

Prinsip saya, buat sehabis baik tiap apa yang dilakukan kerana ia dikira sebagai usaha kita. Meniti tangga-tangga ketukunan dan usaha itulah yang membawa saya ke tahap ini. Semestinya ia bukan dibentang dengan karpet merah.

Cave Mode agak berbeza sudah sekarang. Jika di kolej, satu bilik saya biar bersepah dengan bahan rujukan. Namun, saya bersyukur. Ada insan yang lebih sempit ruang rumahnya. Ada orang yang lebih susah dan tidak tercapai impian untuk sambung belajar dek kerana susah.

Owh ya! Masa sudah time. Saya harus tidur segera untuk bangun sahur :) bulan puasa rentaknya agak berbeza untuk stay up. Saya perlu stay up selepas sahur.

Comments

Popular Posts