surviving tools

" 9/10 punca rezeki adalah dengan berniaga ... berniaga adalah sunnah Rasulullah dan Srikandi Khadijah ummu mukmin merupakan business woman yang berjaya dan dengan kekayaan yang beliau ada banyak membantu gerak kerja dakwah Rasulullah .."

Kesemua ini merupakan asbab utama mengapa saya minat berniaga. Saya akui saya seorang yang pemalu dan pendiam dan berat mulut. Bagaimana ingin saya berniaga? Memang agak sukar pada awalnya, namun saya ambil ia sebagai satu cabaran. Kebanyakan jualan yang saya lakukan adalah melalui online. Kerana saya suka menulis dan berinteraksi di FB, saya gunakan peluang tersebut untuk memasarkan produk yang saya guna. Apabila sudah dapat pelanggan tetap saya bertindak dengan followup.

Alhamdulillah ... walaupun tak banyak, tetapi sangat membantu dikala saya kesesakan.
Saya teringat kisah Abdur Rahman bin Auf yang datang sehelai pinggang berhijrah ke Madinah dan untuk memulakan kehidupan baru, satu sahaja beliau minta " tunjukkan aku pasar".
Hidup bukan pada meminta tapi berusaha. Buatlah apa sahaja usaha halal yang boleh menjana pendapatan. Gunakan tiap potensi diri yang ada dalam genggaman. Prinsip inilah yang saya pegang. Walau kadang kala saya seperti rasa tidak layak atau mampu.

Kini dengan kepakaran dan ilmu yang saya ada, kombinasi dengan sifat saya yang suka belajar dan mengajar, saya mencabar diri menjadi trainer untuk beberapa program security. InsyaAllah dari sini saya dapat menajamkan skill saya dalm bidang yang sedang saya kaji. Surviving tools saya yang terbaru.

ya... inilah antara usaha saya dalam bertahan dengan punca keewangan yang sangat 'cukup-cukup'...

hidup pada memberi ... 

Sentiasa bersedekah dan membantu anak-anak yatim merupakan praktis yang memiliki magisnya tersendiri dikala kita susah. Teringat nasihat ini dalam buku menjemput rezeki yang saya baca, betapa hebatnya magis bersedekah jika diamalkan. Rezeki yang hadir bukan dari sudut material ... betapa hebatnya Allah, mencampakkan rezeki itu dalam bentuk bantuan dan permudahkan pelbagai urusan yang tidak kita sangka-sangka.

Bersedekah juga merupakan salah satu surviving tools yang memiliki magisnya tersendiri...menguji keikhlasan dikala tiada apa2 ...

Saya teringat kisah Rasulullah SAW yang bekerja menguruskan hasil dagangan Saidatina Khadijah, setiap kali baginda memperolehi upah kerja baginda, pasti baginda akan sedekahkan sebahagian upah tersebut kepada anak2 yatim dan fakir. Subhanallah! Salah satu praktis yang wajar dicontohi.

Comments

Popular Posts