Teman

Tok janggut inilah yang menjadi penyebab saya hantu membaca ^^

Di rumah, ayah memang suka membaca. Hasilnya, kami memiliki perpustakaan mini di rumah. Sebahagian buku saya terpaksa bawa ke kolej sebab tiada ruang lagi. Saya mula khatamkan perpustakaan mini di rumah semasa Tingkatan 4 hingga tingkatan 5. Terus saya jadi hantu library di sekolah.

Masih saya ingat ujian kelayakan perpustakawan, senior saya pelik saya dapat markah penuh 100% dalam ujian tersebut. Soalan berkisar kedudukan buku, jenis-jenis buku yang bertanda red spot, green and yellow semua saya  tahu. Sehingga semasa tingkatan 5 terus dilantik sebagai Naib Presiden Perpustakawan pemilihan bedasarkan prestasi cemerlang saya dalam menguruskan library. Punyalah saya sayang pada library sekolah tu.

Sejak dewasa ini, saya dan ayah sering berlumba khatam buku dan saya selalu kalah. Kami bertukar-tukar buku yang sudah dibaca.

Ramadhan ini, ayah lebih akrab dengan quran terjemahan dan dipasangkan bacaan Imam Misyari Al Faasi pada tablet sambil terkumat-kamit bibir megikut rentak bacaan. Begitlah rutin ayah setiap hari tika waktu lapang. Dengan izin Allah ada rezeki, ingin saya hadiahkan ayah Tafsir Ibn Kathir...ayah ada menyebut tentang tafsir ini.

Masa sudah time. Tugas yg perlu disiapkan hari ini sudah selesai..esok sambung lagi..Yoish! ^^

Comments

Popular Posts