Momentum Ramadhan


" Bulan puasa sepatutnya kita lebih efisyen dan produktif dalam membuat tugasan. Sebab perut kita kosong dan kita tak sibuk nak keluar sewaktu makan tengah hari. Kadang kala selepas balik dari makan tengah hari kita jadi mengantuk dan malas untuk bekerja. berbeza masa bulan puasa kita sepatutnya jadi lebih cergas. "

Masih segar bait-bait motivasi yang diberi oleh penyelia penyelidikan saya. Setiap kali saya berjumpa beliau untuk mengemaskini hasil penyelidikan saya, pasti akan ada sahaja nasihat yang diselitkan secara langsung atau tidak langsung dalam perbincangan kami. Ya, sudah hampir 8 tahun saya dibawah seliaan beliau dan beliau sudah saya anggap seperti ayah saya. Banyak nasihat beliau menjadi pemangkin semangat saya untuk terus berjaya dalam bidang yang saya ceburi.

"Lebih Produktif "

Bagaimana produktivi bekerja/belajar lebih mantap ketika bulan puasa? Semuanya bergantung bagaimana kita menerima Ramadhan itu sendiri. Ikhlaskah kita menerima situasi bulan puasa tersebut? Apa yang perlu kita siapkan diri adalah dengan menetapkan matlamat untuk menjadikan setiap hari bulan Ramadhan sebagai hari yang lebih baik. Kemudian susuli dengan merancang jadual harian dengan teliti agar tidak terleka atau menjadi hari yang lebih teruk berbanding hari tidak berpuasa. Laksanakan rancangan dengan ikhlas dan akhirnya muhasabah dan usahakan lagi yang terbaik esok harinya.

Target penyelidikan

Semoga saya dapat siapkan senarai tugasan saya di senarai tugasan penyelidikan. Hari ini seharian saya perlu muat naik dan setup semula beberapa software memandangkan laptop saya baharu dikemaskinikan. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok saya lebih produktif.

Target jangka masa panjang -- > hujung Ramadhan saya perlu siapkan satu journal dan hantar! Yoish!



Comments

Popular Posts