Kelajuan Maksimum

Emas-emas saya

Hari ini ibu kelihatan sedikit murung. Mungkin kerana risau tentang masalah yang saya hadapi. Kurang seleranya. Berbuka roti cicah milo suam. Sedangkan sahur tidak pernah disentuh nasi dan lauk yang saya sediakan untuk ayah dan abang. Ibu hanya bersahur dengan kurma dan oats.

Kerisaun yang terbit pada wajahnya cuba ceriakan denagan berbual dan sengaja menerbitkan pelbagai topik bualan. Dia terhibur seketika ketika saya melayannya menonton drama bersiri "Dia Isteri Luar Biasa". Usai maghrib dan Isyak, ibu hanya melakukan teraweh dirumah dan kini sudah pun tidur.

"Kakak jangan lupa tutup kipas ibu ya bila sudah nak tidur nanti, ibu panas sekarang." pesannya selalu.

Cuaca memang agak bahang dimalam hari kebelakangan ini. Ibu anti kipas kerana dia mengidap penyakit Rheumatoid arthritis. Tapi, bila sudah panas terpaksa juga dipasang, pabila sudah lena baru ditutup. Sakit sendinya membataskan segala pergerakan ibu.

Melihat ibu yang lena didalam kelambu, tidur. Saya menjadi sayu. Ibu adalah emas saya. Tahun ini umurnya menjangkau 62 tahun, namun ibu kelihatan terlalu nenek berbanding mereka yang seusianya. Persis anak kecil, perlu dimandikan dan perlu dirapikan rambut kerana tangannya terbatas untuk digerakkan. Sakit yang ditangungnya ini membawa kepada kemurungan. Tahun 2008 yang lalu semasa saya berjuang untuk pengajian master saya keadaan kemurungannya lebih kritikal.

Berkat doa, kesabaran ayah dan masa sedikit demi sedikit merawat ibu. Selepas ayah bersara tanpa pencen tahun 2007 ayah terus menjadi "house husband" mengalas semua tugas ibu sebagai suri rumah sebelum ini. Tugas ayah yang dahulunya mencari rezeki kini menjadi tangungjawab saya dan abang. Bebekal duit biasiswa itulah saya menampung gaji abang bagi perbelanjaan keluarga. Sara hidup di Kuala Lumpur, faham-faham sajalah.

Ayah menguruskan ibu dengan sabar atas kerenahnya yang tidak menentu dengan penuh kasih sayang. Saya menjadi kagum dengan sifat ayah ... dan ... redup sayu wajah ayah lebih meruntun hati saya.

Saya terkilan kerana diusia emas mereka saya gagal berikan yang terbaik untuk mereka. Sekurang-kurangnya untuk kesihatan mereka.

Allahu!

Termenung lama dihamparan sujud.

"Saya perlu lipat gandakan usaha saya. Walau apa cara sekalipun saya WAJIB hantar draft tesis pada bulan December tahun ini!"

Getus bisik hati kecil yang paling dalam!

YOISH! 

Hari ini saya agak aktif. Laju menyiapkan permasalahan koding saya. Satu bahagian telas selesai, saya perlu fikirkan untuk bahagian seterusnya.


Comments

Popular Posts